Saya yang memang Saya

Thursday, January 5, 2012

Sengal-sengal ubi


yuhuu =)

Selamat tahun baru semua!! Tahun saja yang baru tapi saya tetap begini, sengal-sengal ubi selamanya. Itu pada sayalah, mungkin ada orang lain rasa saya ni bijak-bijak kancil hihi... manalah tau.

Pernah tak terfikir apa yang orang fikirkan tentang kamu? Saya selalu terfikir, bagaimana saya di mata orang lain. Selalu sangat terfikir tapi tak tergamak nak bertanya kerana pasti amat jawapan yang bakal diterima akan menyimpang jauh dari sangkaan saya.

Macam mana saya boleh pasti? Em, tak perlu bertanya secara terus pun kita dah boleh tahu isi hati orang tu melalui kata-kata dan perbuatannya.

Pernah seorang rakan terlepas cakap dalam gurauannya kepada saya, "apa je kot yg kau tahu hahaha". Ketika itu, saya hanya sempat tersenyum sumbing kepadanya kerana lebih fokus kepada topik perbualan. Tapi kemudian terfikir pula, oh, tak sangka selama ni diri dianggap sebagai orang dungu!

Pada mulanya, saya rasa terhina. Sebab, konon-kononnya dari segi akademik, saya mungkin lebih depan daripadanya. Hihihi yelah, masa zaman belajar dulu markah exam saya selalu lebih daripada dia termasuk yang 'open book' test hohoho... Tapi saya tahu, ada logiknya juga dia berfikiran sebegitu sementelah saya ni jalan - jalan sekitar rumah pun tak pass2 lagi, berapa harga kereta savvy sebiji pun saya tak berapa pasti apatah lagi jenis-jenis kasut yang stailista selalu sarung di kaki.

Mungkin kerana saya ni serba-serbi tak tahu, maka saya dipandang rendah dek orang. Bukan salah mereka, ye dak? Dah memang kau memilih untuk jadi sengal! Terima jelah puan Erin oiii...

"Memilih untuk jadi sengal???"
"Bukan kau macam tu dari lahir keww???"

Bukan! Memang bukan!! Saya tahu saya bukan orang yang bodoh. Pemalas dan penakut, itu saya. Malas berfikir, malas nak ambil tahu, malas merancang, malas bertindak, takut mencuba sesuatu, takut salah, takut dmarahi, takut nanti malu!!! Kalau ada semua ni, memang layaklah kau jadi orang dungu.

Oh, saya tak cakap tentang kamu ye.. Ini pasal saya, saya yang tak pernah mencabar kemampuan diri sendiri. Potensi diri banyak lagi yang belum diteroka tapi mudah saja puas hati. Buat kerja pun asal siap, asal ada, tak pernah tuju pada kesempurnaan!

Percaya atau tidak, banyak peluang yang saya biarkan begitu saja kerana malu ditertawakan orang. Malu dilihat beriya-iya takut nanti orang kata poyo pula. Jarang sekali saya bercerita tentang impian sebenar saya pada orang lain. Malah, saya sudah terbiasa tak menunjukkan sebarang emosi yang ketara terhadap sesuatu walaupun hati rasa seronok teramat. Kadangkala, diri cemburu pada orang yang boleh zahirkan emosi dengan begitu telus.

Tak mengapalah, saya memilih untuk jadi begini. Jadi saya laluinya dengan sebegini. Yang penting saya kenal diri saya sendiri. Walaupun ramai yang saya kira bersalah tanggapan terhadap saya, biarlah.. Saya tak mampu nak jelaskan satu persatu. Lama-lama jadi seperti menegakkan benang yang basah pula. Jadi, ayat pujuk diri adalah "alah, mereka tu sedap je cakap pasal kita. Apa yang orang lain komen pasal mereka, mereka tak tahu lagi...mungkin lebih teruk".

Apa yang dah kamu pilih untuk diri kamu? Apa-apa pun, pastikan kamu bersedia dengan akibatnya. Lebih-lebih lagi kalau memilih untuk jadi "sengal-sengal ubi" seperti saya.

Eh, jadi "sengal-sengal ubi" atau dalam bahasa glamornya "dumb blonde" best juga tau!!





Tetap "hot" dalam kesengalan....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...