Saya yang memang Saya

Monday, January 23, 2012

Gerak Pertama, Belian Pertama Baby


Yuhuu =)

Syukur... Orang yang saya bawa dalam perut ke hulu ke hilir ni sudah mencecah lima bulan.

Sebelum ni, ramai orang bertanya, "dah rasa baby gerak dah?"
Saya hanya jawab, "entah, tak tahu macam mana nak rasa".

Sejujurnya saya agak cuak sebab walaupun kandungan dah mencecah empat bulan, saya masih belum pasti bayi sudah bergerak dalam perut atau tidak. Risau kalau-kalau ada masalah iskk.. Yang selalu saya alami ialah bayi mengeras di satu-satu kedudukan. Itu pun sekejap-sekejap.

Teman-teman lain yang lebih kemudian berisi daripada saya, ada yang awal-awal lagi sudah update status di facebook bilang bayi mereka sudah bergerak-gerak. Haiyoo awal giler sehh...

Ada pula teman yang bagi tip, cuba baring diam-diam - mesti akan terasa bayi bergerak-gerak dalam perut. Saya pun dengan teruja mencuba! Huhuhuhu tak rasa apa-apa pun!!!

Tak mahu berat-beratkan fikiran, saya pasrah saja. Insya Allah, tiba masa, bergeraklah dia. Tambah lagi sewaktu scan dulu, anak saya ni kemain aktif lagi dalam perut. Dapat lihat dia melompat-lompat tapi sumpah perut tak rasa apa.

Sabtu yg sudah, 14 Januari 2012, genap 5 bulan 5 hari kandungan saya. Buat kali pertama saya perasan bayi saya bergerak! Lucu juga, sebab pada mulanya saya ingat perut saya ni meragam. Saya fikirkan angin memulas-mulas di dalam perut kemudian mahu keluar hihihi..

Saya memerah otak untuk ingat kembali apa yang dah saya makan. Asyik nak buang angin sedangkan sebentar tadi sudah ke bilik termenung. Kemudian, saya terperasan...Eh, eh! ini bukan perut memulaslah. Agak lain gayanya ni...

Entah, entah... OMG!!! Anak saya bergerak hahaha kemain teruja lagi saya. Terus report pada suami. Suami senyum, angguk, "Ha'ah dialah tu". Ceaa macam tahu-tahu je ayah kau tu, nak.

Rasa dia bergerak macam litle fish, comelnya... Tapi tak tahu kenapa bila lepas dia bergerak tu, saya rasa macam nak buang angin??? Rahim bersambung dengan urat kentutkah hahaha!!! Tapi rasa macam nak melepaskan angin sepoi-sepoi tu hanya untuk hari pertama saja. Lepas-lepas tu dah tak rasa begitu =)

Mungkin bukan apa-apa sangat bagi kamu, tapi ini kenangan manis comel bagi saya. Sebab itu sengaja saya coretkan kenangannya di sini. Esok-esok boleh baca lagi dan tersenyum sendiri.

Esoknya, saya paksa suami keluar ke jj Setiawangsa walau hari sudah agak lewat hihi. Selain nak membunuh rasa bosan (membunuh kau!), saya saja mahu dedahkan suami pada barang-barang keperluan bayi yang berjela senarainya. Saya juga mahu dia maklum yang sehelai baju bayi yang cinonet tu pun, harganya sudah cukup buat mata terbeliak tak sangka.

Hajatnya memang mahu tinjau-tinjau saja dahulu, tak bercadang pun nak beli apa-apa. Tapi, tersangkut juga, sikit....Ini gara-gara keterujaan ayahnya ye, ibunya lebih kuat iman hihi konon!!!

Sesudah membeli, rasa macam oooohhhh belian pertama untuk bayiku! Oh, my precioussss.... Macam mana ye nak gambarkan perasaan tu? Payah nak cari perkataan yang tepat.


Warna-warna "selamat" gitu kerana jantina bayi belum dikenalpasti


Walau tak seberapa yang dibeli, tapi senyum sampai ke telinga. Hihihi senyum tu sebenarnya dalam hati je. Saya kan si retard yang tak berapa nak reti luahkan perasaan sangat.

Dalam hati juga saya panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya pada Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi berkatMu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...