Saya yang memang Saya

Monday, January 23, 2012

Gerak Pertama, Belian Pertama Baby


Yuhuu =)

Syukur... Orang yang saya bawa dalam perut ke hulu ke hilir ni sudah mencecah lima bulan.

Sebelum ni, ramai orang bertanya, "dah rasa baby gerak dah?"
Saya hanya jawab, "entah, tak tahu macam mana nak rasa".

Sejujurnya saya agak cuak sebab walaupun kandungan dah mencecah empat bulan, saya masih belum pasti bayi sudah bergerak dalam perut atau tidak. Risau kalau-kalau ada masalah iskk.. Yang selalu saya alami ialah bayi mengeras di satu-satu kedudukan. Itu pun sekejap-sekejap.

Teman-teman lain yang lebih kemudian berisi daripada saya, ada yang awal-awal lagi sudah update status di facebook bilang bayi mereka sudah bergerak-gerak. Haiyoo awal giler sehh...

Ada pula teman yang bagi tip, cuba baring diam-diam - mesti akan terasa bayi bergerak-gerak dalam perut. Saya pun dengan teruja mencuba! Huhuhuhu tak rasa apa-apa pun!!!

Tak mahu berat-beratkan fikiran, saya pasrah saja. Insya Allah, tiba masa, bergeraklah dia. Tambah lagi sewaktu scan dulu, anak saya ni kemain aktif lagi dalam perut. Dapat lihat dia melompat-lompat tapi sumpah perut tak rasa apa.

Sabtu yg sudah, 14 Januari 2012, genap 5 bulan 5 hari kandungan saya. Buat kali pertama saya perasan bayi saya bergerak! Lucu juga, sebab pada mulanya saya ingat perut saya ni meragam. Saya fikirkan angin memulas-mulas di dalam perut kemudian mahu keluar hihihi..

Saya memerah otak untuk ingat kembali apa yang dah saya makan. Asyik nak buang angin sedangkan sebentar tadi sudah ke bilik termenung. Kemudian, saya terperasan...Eh, eh! ini bukan perut memulaslah. Agak lain gayanya ni...

Entah, entah... OMG!!! Anak saya bergerak hahaha kemain teruja lagi saya. Terus report pada suami. Suami senyum, angguk, "Ha'ah dialah tu". Ceaa macam tahu-tahu je ayah kau tu, nak.

Rasa dia bergerak macam litle fish, comelnya... Tapi tak tahu kenapa bila lepas dia bergerak tu, saya rasa macam nak buang angin??? Rahim bersambung dengan urat kentutkah hahaha!!! Tapi rasa macam nak melepaskan angin sepoi-sepoi tu hanya untuk hari pertama saja. Lepas-lepas tu dah tak rasa begitu =)

Mungkin bukan apa-apa sangat bagi kamu, tapi ini kenangan manis comel bagi saya. Sebab itu sengaja saya coretkan kenangannya di sini. Esok-esok boleh baca lagi dan tersenyum sendiri.

Esoknya, saya paksa suami keluar ke jj Setiawangsa walau hari sudah agak lewat hihi. Selain nak membunuh rasa bosan (membunuh kau!), saya saja mahu dedahkan suami pada barang-barang keperluan bayi yang berjela senarainya. Saya juga mahu dia maklum yang sehelai baju bayi yang cinonet tu pun, harganya sudah cukup buat mata terbeliak tak sangka.

Hajatnya memang mahu tinjau-tinjau saja dahulu, tak bercadang pun nak beli apa-apa. Tapi, tersangkut juga, sikit....Ini gara-gara keterujaan ayahnya ye, ibunya lebih kuat iman hihi konon!!!

Sesudah membeli, rasa macam oooohhhh belian pertama untuk bayiku! Oh, my precioussss.... Macam mana ye nak gambarkan perasaan tu? Payah nak cari perkataan yang tepat.


Warna-warna "selamat" gitu kerana jantina bayi belum dikenalpasti


Walau tak seberapa yang dibeli, tapi senyum sampai ke telinga. Hihihi senyum tu sebenarnya dalam hati je. Saya kan si retard yang tak berapa nak reti luahkan perasaan sangat.

Dalam hati juga saya panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya pada Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi berkatMu.


Monday, January 16, 2012

Baucar Buku


 yuhuu,

Hari tu dapat ni....




baucar buku 1 Malaysia


lepas tu saya beli ni...





sebelum ni jeling-jeling je, akhirnya dapat beli hihi


Ada baki lagi baucar tu. Dalam otak sudah ada idea. Insyaallah, akan beli buku yang bermanfaat dan boleh pakai lama *wink


Saturday, January 14, 2012

Gubahan Hantaran Sirih Junjung dan Hand Bouquet Murah!


Yuhuuu =)

Salah satu item penting dalam senarai hantaran sudah tentunya sirih junjung. Pemberian sirih junjung ada simboliknya yang tersendiri dan sebab itulah masih ramai mengekalkan tradisi ni.



Pada yang masih tercari-cari gubahan hantaran sirih junjung dengan harga berpatutan, di sini ada tawaran menarik. Tawaran ini bermula dari Januari 2012 hingga April 2012.

Sirih junjung A (gubahan daun sirih + 1 jenis bunga hidup) = RM57
Sirih junjung B (gubahan daun sirih + 2 jenis bunga hidup) = RM67

Tawaran ini sesuai untuk pelanggan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Sebab tiada khidmat hantar ke rumah. Pelanggan perlu datang ambil sendiri sama ada di kawasan Sentul, Pantai Dalam, Kerinchi atau Bangsar. Boleh juga pick up di tempat-tempat bersesuaian lain yang telah dipersetujui bersama.

* Updated: tempahan untuk hand bouquet atau bunga tangan menggunakan bunga hidup juga diterima. Harga mengikut gubahan dan bajet yang dikehendaki tapi masih berpatutan.

Kalau berminat boleh terus emel saya di aeyneda_143@yahoo.com

Sila, sila... jangan malu-malu :)

Monday, January 9, 2012

"Jam yg Paling Gelap"


yuhuu..

Semalam saya gundah gulana dari sebelum tidur sehinggalah celik mata kerana ada pembentangan kerja kumpulan dengan "the unpredictable lecturer". Walau bukan saya yang harus bercakap, tapi hati tetap dup dap dup dap...Puncanya saya masih tak cukup ilmu di dada tentang subjek yang sudahpun kami sediakan laporannya itu. Bimbang dihujani soalan yang tak mampu dijawab lantas merencatkan markah yang bakal diterima.


muka excited untuk cover perasaan sebenar yg dup dap!


Cik Emma pinky cuba "bermuka kiut" utk cover nervous jadi presenter


Syukur, lecturer itu "unpredictably" melepaskan kami tanpa soalan yang membelit rasa hihi.. hanya sedikit pembaikpulihan saja diperlukan bagi mendapatkan markah laporan yang lebih mengancam. 

Tercampak rasa berdebar tapi lelah kesan tak cukup tidur, stress dan nervous sebelumnya tetap ada. Sewaktu berehat santai membelak majalah di atas tilam cik Emma sementara menunggu suami sampai, saya dah buat perancangan dalam minda.

Percaturannya saya mahu terus pulang, tidur sepulasnya kemudian bangun nanti mahu buat online library research untuk tugasan laporan yang lain.

Tapi jejak saja punggung ke seat kereta, suami dah cakap dia mengidam! Sebelum ni mengidam ayam Uncle Bob haha, kali ni apa pula agaknya? Oh, teringin sangat nak tengok wayang katanya. Kesian pula, dah banyak kali dia cakap tapi tak dapat-dapat hohoho

Jadi, marilah melupakan penderitaan sendiri bagi menggembirakan orang lain! hihi macam besar sangat pengorbanannya tu, tengok wayang je kot. Yelah, kita penat tau..tunggu masa je nak black out (aiyoo, over!).

Asalnya mahu nonton cerita penyiasat "omputih" tu, tapi perlu menunggu lama pula untuk tayangannya. Jadi kita berpuas hati tengok "jam yang paling gelap" sajelah.





Dek kerana sayangkan duit tiket yang dibayar, saya tahan rasa untuk memasuki tahap jam yang paling gelap sambil dibuai mimpi-mimpi indahzzzz....

Cerita boleh tahanlah tapi kesudahannya emm alahai... pihak awak saje yang pandai, yang menang. Tak mengapalah, itu cerita dia. Kena ikut syok dialah kan? Teringat pula seorang penulis pojok berkata, "Syok sendiri tu penting. Kalau  kita sendiri tak syok dengan filem kita, macam mana nak bagi orang lain syok dengan filem kita".

Okey, lesen besar untuk syok sendiri lepas ni!


Thursday, January 5, 2012

Sengal-sengal ubi


yuhuu =)

Selamat tahun baru semua!! Tahun saja yang baru tapi saya tetap begini, sengal-sengal ubi selamanya. Itu pada sayalah, mungkin ada orang lain rasa saya ni bijak-bijak kancil hihi... manalah tau.

Pernah tak terfikir apa yang orang fikirkan tentang kamu? Saya selalu terfikir, bagaimana saya di mata orang lain. Selalu sangat terfikir tapi tak tergamak nak bertanya kerana pasti amat jawapan yang bakal diterima akan menyimpang jauh dari sangkaan saya.

Macam mana saya boleh pasti? Em, tak perlu bertanya secara terus pun kita dah boleh tahu isi hati orang tu melalui kata-kata dan perbuatannya.

Pernah seorang rakan terlepas cakap dalam gurauannya kepada saya, "apa je kot yg kau tahu hahaha". Ketika itu, saya hanya sempat tersenyum sumbing kepadanya kerana lebih fokus kepada topik perbualan. Tapi kemudian terfikir pula, oh, tak sangka selama ni diri dianggap sebagai orang dungu!

Pada mulanya, saya rasa terhina. Sebab, konon-kononnya dari segi akademik, saya mungkin lebih depan daripadanya. Hihihi yelah, masa zaman belajar dulu markah exam saya selalu lebih daripada dia termasuk yang 'open book' test hohoho... Tapi saya tahu, ada logiknya juga dia berfikiran sebegitu sementelah saya ni jalan - jalan sekitar rumah pun tak pass2 lagi, berapa harga kereta savvy sebiji pun saya tak berapa pasti apatah lagi jenis-jenis kasut yang stailista selalu sarung di kaki.

Mungkin kerana saya ni serba-serbi tak tahu, maka saya dipandang rendah dek orang. Bukan salah mereka, ye dak? Dah memang kau memilih untuk jadi sengal! Terima jelah puan Erin oiii...

"Memilih untuk jadi sengal???"
"Bukan kau macam tu dari lahir keww???"

Bukan! Memang bukan!! Saya tahu saya bukan orang yang bodoh. Pemalas dan penakut, itu saya. Malas berfikir, malas nak ambil tahu, malas merancang, malas bertindak, takut mencuba sesuatu, takut salah, takut dmarahi, takut nanti malu!!! Kalau ada semua ni, memang layaklah kau jadi orang dungu.

Oh, saya tak cakap tentang kamu ye.. Ini pasal saya, saya yang tak pernah mencabar kemampuan diri sendiri. Potensi diri banyak lagi yang belum diteroka tapi mudah saja puas hati. Buat kerja pun asal siap, asal ada, tak pernah tuju pada kesempurnaan!

Percaya atau tidak, banyak peluang yang saya biarkan begitu saja kerana malu ditertawakan orang. Malu dilihat beriya-iya takut nanti orang kata poyo pula. Jarang sekali saya bercerita tentang impian sebenar saya pada orang lain. Malah, saya sudah terbiasa tak menunjukkan sebarang emosi yang ketara terhadap sesuatu walaupun hati rasa seronok teramat. Kadangkala, diri cemburu pada orang yang boleh zahirkan emosi dengan begitu telus.

Tak mengapalah, saya memilih untuk jadi begini. Jadi saya laluinya dengan sebegini. Yang penting saya kenal diri saya sendiri. Walaupun ramai yang saya kira bersalah tanggapan terhadap saya, biarlah.. Saya tak mampu nak jelaskan satu persatu. Lama-lama jadi seperti menegakkan benang yang basah pula. Jadi, ayat pujuk diri adalah "alah, mereka tu sedap je cakap pasal kita. Apa yang orang lain komen pasal mereka, mereka tak tahu lagi...mungkin lebih teruk".

Apa yang dah kamu pilih untuk diri kamu? Apa-apa pun, pastikan kamu bersedia dengan akibatnya. Lebih-lebih lagi kalau memilih untuk jadi "sengal-sengal ubi" seperti saya.

Eh, jadi "sengal-sengal ubi" atau dalam bahasa glamornya "dumb blonde" best juga tau!!





Tetap "hot" dalam kesengalan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...