Saya yang memang Saya

Sunday, September 2, 2012

My Precious


yuhuuu =)

Ini Aunie kesayangan pada pagi pertama selepas dilahirkan...


bawah ketiak ibu

Aunie pada pagi Aidilfitri pertamanya. Sudah 3 bulan!

marah sbb tak mahu baring!!!

Pantas masa berlalu. Sekejapan cik Aunie yg dulunya tidooo je kerjanya, tak kisahlah apa pun terjadi kat sekeliling kini sudah pandai lawan mata, payah nak tidur.

Cuma saya yang kadang-kadang masih tak percaya sudah punya anak, si debab ni.

Tuesday, July 31, 2012

Rasa


Penat lagi melelahkan! Itu cuma sebahagian daripada sekian banyak perasaan yg akan kita rasa apabila menyimpan rasa/rahsia/perasaan.

Aku simpan rasa ni sudah bertahun-tahun. Aku membesar dengannya. Penat atau lelah bukan lagi perkataan yang cocok untuk aku. Separuh gila atau mereng lebih tepat untuk menjelaskan keadaan aku.

Entah sampai bila aku harus macam ni tanpa seorang pun memahami apa yang aku rasa!

Aku terlalu penat untuk penat! 

Aku terlalu lelah untuk lelah!



Friday, July 27, 2012

Dalam Bilik

Yuhuuu =)

Salam Ramadan :) Sesuai dgn status sy sebagai seorang ibu sekarang, maka logiklah sudah dua hari sy berbuka dlm bilik berdua dgn anak sedang orang lain menjamu di meja makan kahkahkah (tawa pilu).

Nak taip entry ni pun kena berhenti beberapa kali sbb nak buat aksi badut depan anak untuk menghiburkan dia. Baru tahu macam mana susah jadi ibu. Padan muka saya! Dulu senang saja nak perlekehkan emak, sekarang kau rasa pulak kikiki.

Oh, nak sambung makan pun dah tak berselera. Tak apa, nanti boleh kurus!

Monday, April 23, 2012

Roti Bakar dan Kari


yuhuu =)

Huh!!! Tepanjat Maimon! tak pernah-pernah buat entry di pagi hari, tiba-tiba pagi ni gigih pula mengetuk keyboard menaip untuk blog. Alah sambil-sambil menunggu ulangan cerita Nora Elena pukul 10.30 kejap lagi eh, eh bukan Nora Elena...emmm sementara menunggu idea untuk mengarang literature review datang menjelma hihi kita borak-boraklah dulu dekat sini. Nak borak-borak dengan jiran sebelah-menyebelah kaedahnya asyik berkunci mangga je rumah masing-masing. Tak dapat nak buat perjumpaan dengan ahli mesyuarat tingkap (kalau tak paham pergi tgk cerita P. Ramlee and NO, I'm not that old).

Pagi ni macam biasa, kita bangun gosokkan baju suami untuk ke pejabat (menaip sambil feeling2 Izzah Ombak Rindu) lepas tu kita ke dapur untuk buatkan sarapan suami kiteww hihihi. Rasa mithali sangat sangat, hark tuiii!! Drop it, Erin!

Ok, dengan intonasi normal, saya menyambung cerita. Saya ni jenis yang jarang plan apa nak makan atau sediakan untuk sarapan pagi. Kadang-kadang malam sebelumnya hanya ada rough idea apa nak sediakan untuk esok paginya. Malam semalam ala-ala tercari idea nak prepare apa untuk breakfast then teringat ada lebihan kari daging yang saya masak semalam. Terus otak kata, "OK, setel!!!". Amboi, mementanglah suami pencinta tegar kari, terus otak bagi green light. But seriously, saya percaya suami saya tak akan marah andai kata saya buat tabiat hanya masak lauk kari dan kuah kicap sepanjang tahun. He will survive!!

Jadi saya pun masuk dapur, panaskan kari. Lepas tu baru nak terfikir ye, eh nak makan kari dengan apa ni? Tak kan dengan nasi sejuk kot. Tengok ada roti putih banyak lagi, otak terus, "OK, setel!!!". Tapi, rasa kurang mithali pula kalau nak hidang kari dengan roti kosong macam tu je kan, macam tak ada effort pula rasanya hihihi (statement feeling2 buat presentation assignment).

Teringat pula suami suka roti sapu mentega yang dibakar.Dia suka puji tau kalau saya buat roti+sapu mentega+bakar masak atas frying pan kosong+tak letak minyak tu. Buat saya malu je sebab cara dia cakap tu macam saya dah come out dengan resepi yang paling brilliant di muka bumi ini. Padahal, yang ado je. Budak kecik pun tahu buat, chettt!!! Bezanya daku masak atas frying pan instead of toaster kerana di rumahku ini tiada toaster sobs,sobs,sobsss. Sampai hati korang tak hadiahkan toaster sempena perkahwinanku dulu sobs,sobs! Dan aku yang cheapskate ni pun sampai hati berkata, "Buat apa nak beli toaster sedangkan boleh buat roti bakar dengan frying pan!!!!". Oh, cheapskatenya diriku.

Sambil-sambil saya panaskan kari, masak roti tu, saya terbayangkan kesedapan kari yang saya masak sendiri itu. Ya, saya sedang perasan. Hihi, bukanlah tapi saya ni ada perception iaitu kari yang dimasak akan rasa lebih sedap bila kita makan esoknya. Rasa lebih kaw gitu. Lepas tu teringat, uish bestnya kalau dapat makan kari yang tengah perhangat ni dengan roti canai home-made. Uishh hampir meleleh air liur. Tapi kita tak tahu buat roti canai sendiri! Kalau tahu pun gerenti kita malas nak mencanai bagai pagi-pagi ni. Jadi kita sedapkan hati, makan dengan roti putih gardenia pun ok what!!!

Suami kita makan dulu sambil kita sediakan air permintaannya, teh tarik. Sebab apa kata air permintaan, sebab kita tanya, nak air apa? Kalau kita tak tanya dulu, terus sediakan je maknanya bukan air permintaan ye kawan-kawan. Gitu pulak?? YE, gitu! Mula-mula berkerut sebab rasa nak buat teh tarik tu leceh, tapi saya buat juga sebab dah gatal-gatal tanya, suami pun dah jawab nak air apa, lepas tu tak kan tak nak buat pula. Masa kita hidang air tu, suami pun puji, "sedap juga awak goreng roti ni". Saya dah macam, "goreng???". Oh, baru teringat itu just his personal choice of word untuk menerangkan dia suka cara saya sediakan roti tu. Jadi saya pun senyum je sambil dalam hati cakap, "awak memang sukalah setiap kali saya buat roti macam tu, short term memory punya suamiku".

Lepas dia dah pergi kerja, barulah kita menghadap sarapan kita. Kita makan saki baki je sobs, sobs. Ah, sudah Erin!! jangan nak buat cerita sedih. Banyak je kuah tu lagi. Kita tak makan sekali dengan suami kita bukan sebab takut kari tak cukup, tapi sebab kita ambil pil zat besi. Kena tunggu setengah jam selepas ambil pil baru boleh makan benda lain untuk penyerapan zat yang lebih awesome! Kita pun dengan pasrahnya nak makanlah ni. Pasrah sebab roti yang kita prepare untuk diri kita tu hangus sikit sebab kita dengan mithalinya melayan suami kita berborak masa dia makan sambil terlupa roti di frying pan.

Bismillah, kita cubit roti ala-ala hangus dan cicahkan ke dalam kuah kari, kita masukkan dalam mulut. Oh, awesomenya rasa roti lawan dengan kari ni!!! Macam, macam, macam makan roti canai home made dengan kari yang kita idamkan tadi!!! Hahahaha over tak saya? But seriously, itulah yang saya rasa. Dalam kepasrahan menyuap roti hangus, Allah anugerahkan rasa sedap dalam kunyahan saya itu. Tak tahu apa yang buat rasa roti bakar cicah kari tu terasa sedap benar di tekak saya, sama ada menteganya ke, tahap kehangusannnya ke atau karinya yang dapat mengcover kehangusan roti? Serious, saya tak tahu. Yang pasti, saya berselera makan sarapan roti mentega bakar hangus cicah dengan kari daging semalam dan ohhhhh dengan teh tarik pulak tu. Allah, sedapnya!


Sunday, April 22, 2012

Gigih Menggagahi!


yuhuu... =)

Saya sedang gigih mengagahi:-

- kaki bengkak sebelah ala gajah
- duduk rumah seorang diri sehari suntuk sebabtakadatransport dan taklaratpunnakjalannganperutbesar
- kekeringan akaun kewangan *berharap miracle akan terjadi
- menulis chapter 2 untuk dissertation master yang menjerihkan
- sakit pada tulang pelvis
- rambut yang entah apa-apa tapi tak boleh straighten balik sebab preggy
- posisi tidur yang serba tak kena sebab perut makin membesar
- mimpi yang memenatkan tak habis-habis pasal dissertation
- memasak dengan kaki yang membengkak
- kesukaran mnggunakan aplikasi tandas cangkung di rumah hihihi
- baju yang semakin kurang boleh dipakai tapi tak boleh ditambah koleksi kerana tiada dana
- menahan untuk membeli sekian banyak keperluan kerana perlu berjimat
- menahan nafsu untuk tidak makan makanan manis kegemaran

Saya boleh sebab saya terpaksa bolehkan!


Saturday, April 14, 2012

baby shower

yuhuu =)

Saya sedang bertabah mengharungi trimester ketiga kandungan saya. Sudah lapan bulan, sesak juga membawa perut ke huhu ke hilir tapi demi Auni kesayangan, ibu tempuh juga.

Alkisah, waktu kandungan mencecah tujuh bulan, Huda menghubungi saya. Katanya mahu buat "baby shower" untuk saya. Baby shower yg dirancang ni lebih kepada untuk berkumpul bersama rakan-rakan, makan-makan dan main games. Bukannya seperti acara adat melenggang perut tu.

Baby shower ni dibuat di rumah saya, tapi saya tak sediakan apa-apa sangat pun. Buka pintu terima tetamu saja hihi. Makanan konsep ala pot luck gitu. Masing-masing bawa seorang sedikit. Saya beli mee goreng basah, kuih udang, tauhu sumbat dan bancuh minuman. Aju bawa mini muffin & chocolate moist yg saya tempah (harga kawan2 pastinya), Aju juga bawa puding caramel dan air soya 1 karton! Baik utk ibu mengandung katanya.

Ema bawa set pizza + pepsi, Qila bawa kek, Akmal bawak dunkin donat dan Diba bawa ayam kfc. Huda pula masak spageti bolognese dan sandwich juga minuman yang tak sempat dihidang. Konsepnya konon hi tea (sebab tu banyak makanan manis-manis) tapi dah membawa sampai ke malam sebab sebahagiannya lambat sampai.


 posing ramai-ramai sebelum majlis berakhir

Aju yang pertama sampai sebab mahu hias rumah sekangkang kera saya ni untuk dapatkan mood baby shower.Warna-warni hiasannya, saya suka! Siap panjat meja untuk gantung hiasan paper fan dari siling. Saya tolong menyebok apa yang patut je hihi...






Kemudian Ema dan kawannya Mya sampai. Dikerah meniup belon sampai habis sepaket, tak kira korang takut belon meletup ke apa! Kemudian, si bakal ibu, Tim pun sampai. Kesian mereka ni, saya dera duduk lama sebelum dapat makan. Maaflah ye, room service tergendala pula hari tu.


dari kiri Ema, Mya dan Tim, antara VIP yg awal hadir


sebahagian dari hidangan pada hari itu


Kemudian barulah Akmal+partner, Qila dan Boy tiba. Sementara menunggu yang lambat bebenor sampai, kami sempat adakan sesi fotografi dalam rumah hihi, aktiviti kegemaran ramai ni bila-bila buat pun memang selalu dapat sambutan ;P






Akhirnya sampai juga Diba+Fad dan seorang lagi bakal ibu,  Huda+Ady. Masing-masing ada urusan sebelumnya, jadi tak boleh nak bising-bising kat dorang hihi. Huda habis kerja agak lewat, lepas tu kena masak pula untuk dibawa ke sini. Selesai makan, kami main beberapa game yg disediakan Huda. Seronok!!! Untuk yang menang tak ada hadiah hihi (tak ada penaja), tapi yang kalah didenda pakai topi baby dan hisap puting :P



ramainya mak buyung belon. dari kiri saya, Huda, Diba, Akamal dan Qila

game teka berapa besar perut bakal ibu 
game teka anak ikut feature mak atau bapanya

game habiskan soya dalam botol untuk bakal papa sekalian

siapa kalah, kena denda macam ni


Pendek kata, hati saya terhibur dan gembira pada hari itu. Harap tetamu-tetamu yang datang pun rasa begitu. Sungguh, saya tak mengharap diberikan hadiah tapi terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi memberi. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. 








Saya cuma berharap, hari itu menjadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk saya membawa Auni kesayangan ke dunia ini :) 



Thursday, March 22, 2012

Rai Hari Jadi

yuhuuu =)

Cerita ni dah berhabuk dlm draf, baru hari ni rasa nak edit dan publish. Pasal sambutan hari lahir salah seorang teman baik saya, Aju. Seperti biasa, buat secara ringkas je. Makan-makan, borak dan balik hihi. Yang penting dapat bersua muka dan catch up dengan my girls yg super busy semuanya. 

Kali ni saya pilih utk pergi dekat-dekat saje, dekat Kg. Puah, Gombak. Le Chateau de Puah! hamboi nama very the internationale. Ada byk pilihan makanan kat sini, kena ambil masa sikit untuk "study" menu apa yang kita nak pesan hiii... Oh, dekat sini ada juga perkhidmatan tropical sauna spa. Siapa yang terasa nak memanjakan diri tu bolehlah datang sini.

Ini kali pertama saya uruskan sambutan hari lahir kawan-kawan hihihi seronok juga. Selalunya saya follow the flow je. Tapi dek kerana organizer tetap yg punya birthday, saya kenalah take over. Alah setakat buat reservation tempat, kek dan hebahkan pada kawan-kawan je pun nak kecoh kan saya ni hihi...pirst time, pirst time!!

Malas nak tulis panjang-panjang. Mari kita tengok gambar!



Le Chateau de Puah



saya dan "budak perempauan hari lahir"

Mona dan famili


Anak bujang Mona


Saya dan orang kesayangan


Aju dan future partner?


Ju dan tunang

test camera sebelum "surprise"


staf restoran dtg usung kek surpriselah sgt 


kek aiskrim yg masih keras membeku :)


potong jangan tak potong


lilin dah cabut separuh, jadi indikasi umur tak terpakai di sini


Saya doakan Aju semoga menjalani hidup yang diberkati Allah, panjang umur dan bahagia selalu. Saya sayang kawan-kawan saya :)))

Monday, March 19, 2012

Pregnancy Scan 3D/4D


yuhuuu =)

Setelah lama berteka-teki, akhirnya dapat juga tahu anak ibu ni bunga ke kumbang hihihi..

Saya pergi buat scan 3D/4D di klinik dekat Petaling Jaya. Tempahan slot melalui online. Huii dahsyat kan, perkhidmatan scan sekarang ni dah boleh buat secara online je. Temujanji utk scan melalui online di klinik ni hanya available untuk hari Sabtu saje. Jadi slotnya macam pisang goreng panas, laku betul! Cepat je penuh.

Sonographer yang kendalikan scan tu peramah dan cuba sehabis boleh supaya kita boleh tengok muka dan keadaan baby. Kira berbaloi untuk duit yang dibayarlah. Mungkin ada tempat lain yang lebih murah, tapi saya rasa ok je service kat sini. Dapat CD dan 2 print out hitam putih gambar baby.



Degupan jantung jantung hatiku hehe



nampak kaki tu? haa jangan buat main!




alolololo tidur ye..

Dah buat scan ni barulah senang sikit nak menjawab soalan orang-orang yang teruja nak tahu dia ni baby girl or baby boy?

Bukan tak pernah buat scan, dah banyak kali scan ultrasound semasa temujanji dengan doktor pakar. Tapi biasalah klinik gomen. Doktor tak layan sangat nak periksa jantina ni. Scan lebih tertumpu kepada perkembangan baby, jadi ibu dia segan nak paksa-paksa doktor periksa sampai sahih jantinanya hihi. Kalau berbayar macam ni senang sikit.

Syukur, baby ni tak sorok-sorok masa scan tu. Sonographer tu siap cakap,  "Ini baby tak ada malu haa...Semua tak ada sorok-sorok. Muka kasi tunjuk, jantina pun kasi tunjuk".

hihihi baby tak nak membazirkan duit ibu ayah. Kalau tak nampak nanti rugilah kan. Cuma baby ni not a morning person. Masa scan tu pagi, baby asyik tidur je, tak gerak-gerak pun. Dah kena cucuk, goyang-goyang pun dia bergerak sikit je. Tak apalah asalkan anak ibu sihat. Love you, Auni sayang!!!

*updated - sy tidak sebut nama klinik dan website itu sebab tak mahu beri promosi percuma kpd mereka, tetapi kpd sesiapa yg berminat ingin tahu alamat website tersebut boleh email sy utk bertanya, InsyaAllah akan sy balas.

Monday, January 23, 2012

Gerak Pertama, Belian Pertama Baby


Yuhuu =)

Syukur... Orang yang saya bawa dalam perut ke hulu ke hilir ni sudah mencecah lima bulan.

Sebelum ni, ramai orang bertanya, "dah rasa baby gerak dah?"
Saya hanya jawab, "entah, tak tahu macam mana nak rasa".

Sejujurnya saya agak cuak sebab walaupun kandungan dah mencecah empat bulan, saya masih belum pasti bayi sudah bergerak dalam perut atau tidak. Risau kalau-kalau ada masalah iskk.. Yang selalu saya alami ialah bayi mengeras di satu-satu kedudukan. Itu pun sekejap-sekejap.

Teman-teman lain yang lebih kemudian berisi daripada saya, ada yang awal-awal lagi sudah update status di facebook bilang bayi mereka sudah bergerak-gerak. Haiyoo awal giler sehh...

Ada pula teman yang bagi tip, cuba baring diam-diam - mesti akan terasa bayi bergerak-gerak dalam perut. Saya pun dengan teruja mencuba! Huhuhuhu tak rasa apa-apa pun!!!

Tak mahu berat-beratkan fikiran, saya pasrah saja. Insya Allah, tiba masa, bergeraklah dia. Tambah lagi sewaktu scan dulu, anak saya ni kemain aktif lagi dalam perut. Dapat lihat dia melompat-lompat tapi sumpah perut tak rasa apa.

Sabtu yg sudah, 14 Januari 2012, genap 5 bulan 5 hari kandungan saya. Buat kali pertama saya perasan bayi saya bergerak! Lucu juga, sebab pada mulanya saya ingat perut saya ni meragam. Saya fikirkan angin memulas-mulas di dalam perut kemudian mahu keluar hihihi..

Saya memerah otak untuk ingat kembali apa yang dah saya makan. Asyik nak buang angin sedangkan sebentar tadi sudah ke bilik termenung. Kemudian, saya terperasan...Eh, eh! ini bukan perut memulaslah. Agak lain gayanya ni...

Entah, entah... OMG!!! Anak saya bergerak hahaha kemain teruja lagi saya. Terus report pada suami. Suami senyum, angguk, "Ha'ah dialah tu". Ceaa macam tahu-tahu je ayah kau tu, nak.

Rasa dia bergerak macam litle fish, comelnya... Tapi tak tahu kenapa bila lepas dia bergerak tu, saya rasa macam nak buang angin??? Rahim bersambung dengan urat kentutkah hahaha!!! Tapi rasa macam nak melepaskan angin sepoi-sepoi tu hanya untuk hari pertama saja. Lepas-lepas tu dah tak rasa begitu =)

Mungkin bukan apa-apa sangat bagi kamu, tapi ini kenangan manis comel bagi saya. Sebab itu sengaja saya coretkan kenangannya di sini. Esok-esok boleh baca lagi dan tersenyum sendiri.

Esoknya, saya paksa suami keluar ke jj Setiawangsa walau hari sudah agak lewat hihi. Selain nak membunuh rasa bosan (membunuh kau!), saya saja mahu dedahkan suami pada barang-barang keperluan bayi yang berjela senarainya. Saya juga mahu dia maklum yang sehelai baju bayi yang cinonet tu pun, harganya sudah cukup buat mata terbeliak tak sangka.

Hajatnya memang mahu tinjau-tinjau saja dahulu, tak bercadang pun nak beli apa-apa. Tapi, tersangkut juga, sikit....Ini gara-gara keterujaan ayahnya ye, ibunya lebih kuat iman hihi konon!!!

Sesudah membeli, rasa macam oooohhhh belian pertama untuk bayiku! Oh, my precioussss.... Macam mana ye nak gambarkan perasaan tu? Payah nak cari perkataan yang tepat.


Warna-warna "selamat" gitu kerana jantina bayi belum dikenalpasti


Walau tak seberapa yang dibeli, tapi senyum sampai ke telinga. Hihihi senyum tu sebenarnya dalam hati je. Saya kan si retard yang tak berapa nak reti luahkan perasaan sangat.

Dalam hati juga saya panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya pada Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi berkatMu.


Monday, January 16, 2012

Baucar Buku


 yuhuu,

Hari tu dapat ni....




baucar buku 1 Malaysia


lepas tu saya beli ni...





sebelum ni jeling-jeling je, akhirnya dapat beli hihi


Ada baki lagi baucar tu. Dalam otak sudah ada idea. Insyaallah, akan beli buku yang bermanfaat dan boleh pakai lama *wink


Saturday, January 14, 2012

Gubahan Hantaran Sirih Junjung dan Hand Bouquet Murah!


Yuhuuu =)

Salah satu item penting dalam senarai hantaran sudah tentunya sirih junjung. Pemberian sirih junjung ada simboliknya yang tersendiri dan sebab itulah masih ramai mengekalkan tradisi ni.



Pada yang masih tercari-cari gubahan hantaran sirih junjung dengan harga berpatutan, di sini ada tawaran menarik. Tawaran ini bermula dari Januari 2012 hingga April 2012.

Sirih junjung A (gubahan daun sirih + 1 jenis bunga hidup) = RM57
Sirih junjung B (gubahan daun sirih + 2 jenis bunga hidup) = RM67

Tawaran ini sesuai untuk pelanggan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Sebab tiada khidmat hantar ke rumah. Pelanggan perlu datang ambil sendiri sama ada di kawasan Sentul, Pantai Dalam, Kerinchi atau Bangsar. Boleh juga pick up di tempat-tempat bersesuaian lain yang telah dipersetujui bersama.

* Updated: tempahan untuk hand bouquet atau bunga tangan menggunakan bunga hidup juga diterima. Harga mengikut gubahan dan bajet yang dikehendaki tapi masih berpatutan.

Kalau berminat boleh terus emel saya di aeyneda_143@yahoo.com

Sila, sila... jangan malu-malu :)

Monday, January 9, 2012

"Jam yg Paling Gelap"


yuhuu..

Semalam saya gundah gulana dari sebelum tidur sehinggalah celik mata kerana ada pembentangan kerja kumpulan dengan "the unpredictable lecturer". Walau bukan saya yang harus bercakap, tapi hati tetap dup dap dup dap...Puncanya saya masih tak cukup ilmu di dada tentang subjek yang sudahpun kami sediakan laporannya itu. Bimbang dihujani soalan yang tak mampu dijawab lantas merencatkan markah yang bakal diterima.


muka excited untuk cover perasaan sebenar yg dup dap!


Cik Emma pinky cuba "bermuka kiut" utk cover nervous jadi presenter


Syukur, lecturer itu "unpredictably" melepaskan kami tanpa soalan yang membelit rasa hihi.. hanya sedikit pembaikpulihan saja diperlukan bagi mendapatkan markah laporan yang lebih mengancam. 

Tercampak rasa berdebar tapi lelah kesan tak cukup tidur, stress dan nervous sebelumnya tetap ada. Sewaktu berehat santai membelak majalah di atas tilam cik Emma sementara menunggu suami sampai, saya dah buat perancangan dalam minda.

Percaturannya saya mahu terus pulang, tidur sepulasnya kemudian bangun nanti mahu buat online library research untuk tugasan laporan yang lain.

Tapi jejak saja punggung ke seat kereta, suami dah cakap dia mengidam! Sebelum ni mengidam ayam Uncle Bob haha, kali ni apa pula agaknya? Oh, teringin sangat nak tengok wayang katanya. Kesian pula, dah banyak kali dia cakap tapi tak dapat-dapat hohoho

Jadi, marilah melupakan penderitaan sendiri bagi menggembirakan orang lain! hihi macam besar sangat pengorbanannya tu, tengok wayang je kot. Yelah, kita penat tau..tunggu masa je nak black out (aiyoo, over!).

Asalnya mahu nonton cerita penyiasat "omputih" tu, tapi perlu menunggu lama pula untuk tayangannya. Jadi kita berpuas hati tengok "jam yang paling gelap" sajelah.





Dek kerana sayangkan duit tiket yang dibayar, saya tahan rasa untuk memasuki tahap jam yang paling gelap sambil dibuai mimpi-mimpi indahzzzz....

Cerita boleh tahanlah tapi kesudahannya emm alahai... pihak awak saje yang pandai, yang menang. Tak mengapalah, itu cerita dia. Kena ikut syok dialah kan? Teringat pula seorang penulis pojok berkata, "Syok sendiri tu penting. Kalau  kita sendiri tak syok dengan filem kita, macam mana nak bagi orang lain syok dengan filem kita".

Okey, lesen besar untuk syok sendiri lepas ni!


Thursday, January 5, 2012

Sengal-sengal ubi


yuhuu =)

Selamat tahun baru semua!! Tahun saja yang baru tapi saya tetap begini, sengal-sengal ubi selamanya. Itu pada sayalah, mungkin ada orang lain rasa saya ni bijak-bijak kancil hihi... manalah tau.

Pernah tak terfikir apa yang orang fikirkan tentang kamu? Saya selalu terfikir, bagaimana saya di mata orang lain. Selalu sangat terfikir tapi tak tergamak nak bertanya kerana pasti amat jawapan yang bakal diterima akan menyimpang jauh dari sangkaan saya.

Macam mana saya boleh pasti? Em, tak perlu bertanya secara terus pun kita dah boleh tahu isi hati orang tu melalui kata-kata dan perbuatannya.

Pernah seorang rakan terlepas cakap dalam gurauannya kepada saya, "apa je kot yg kau tahu hahaha". Ketika itu, saya hanya sempat tersenyum sumbing kepadanya kerana lebih fokus kepada topik perbualan. Tapi kemudian terfikir pula, oh, tak sangka selama ni diri dianggap sebagai orang dungu!

Pada mulanya, saya rasa terhina. Sebab, konon-kononnya dari segi akademik, saya mungkin lebih depan daripadanya. Hihihi yelah, masa zaman belajar dulu markah exam saya selalu lebih daripada dia termasuk yang 'open book' test hohoho... Tapi saya tahu, ada logiknya juga dia berfikiran sebegitu sementelah saya ni jalan - jalan sekitar rumah pun tak pass2 lagi, berapa harga kereta savvy sebiji pun saya tak berapa pasti apatah lagi jenis-jenis kasut yang stailista selalu sarung di kaki.

Mungkin kerana saya ni serba-serbi tak tahu, maka saya dipandang rendah dek orang. Bukan salah mereka, ye dak? Dah memang kau memilih untuk jadi sengal! Terima jelah puan Erin oiii...

"Memilih untuk jadi sengal???"
"Bukan kau macam tu dari lahir keww???"

Bukan! Memang bukan!! Saya tahu saya bukan orang yang bodoh. Pemalas dan penakut, itu saya. Malas berfikir, malas nak ambil tahu, malas merancang, malas bertindak, takut mencuba sesuatu, takut salah, takut dmarahi, takut nanti malu!!! Kalau ada semua ni, memang layaklah kau jadi orang dungu.

Oh, saya tak cakap tentang kamu ye.. Ini pasal saya, saya yang tak pernah mencabar kemampuan diri sendiri. Potensi diri banyak lagi yang belum diteroka tapi mudah saja puas hati. Buat kerja pun asal siap, asal ada, tak pernah tuju pada kesempurnaan!

Percaya atau tidak, banyak peluang yang saya biarkan begitu saja kerana malu ditertawakan orang. Malu dilihat beriya-iya takut nanti orang kata poyo pula. Jarang sekali saya bercerita tentang impian sebenar saya pada orang lain. Malah, saya sudah terbiasa tak menunjukkan sebarang emosi yang ketara terhadap sesuatu walaupun hati rasa seronok teramat. Kadangkala, diri cemburu pada orang yang boleh zahirkan emosi dengan begitu telus.

Tak mengapalah, saya memilih untuk jadi begini. Jadi saya laluinya dengan sebegini. Yang penting saya kenal diri saya sendiri. Walaupun ramai yang saya kira bersalah tanggapan terhadap saya, biarlah.. Saya tak mampu nak jelaskan satu persatu. Lama-lama jadi seperti menegakkan benang yang basah pula. Jadi, ayat pujuk diri adalah "alah, mereka tu sedap je cakap pasal kita. Apa yang orang lain komen pasal mereka, mereka tak tahu lagi...mungkin lebih teruk".

Apa yang dah kamu pilih untuk diri kamu? Apa-apa pun, pastikan kamu bersedia dengan akibatnya. Lebih-lebih lagi kalau memilih untuk jadi "sengal-sengal ubi" seperti saya.

Eh, jadi "sengal-sengal ubi" atau dalam bahasa glamornya "dumb blonde" best juga tau!!





Tetap "hot" dalam kesengalan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...