Saya yang memang Saya

Saturday, September 10, 2011

............... DIY Hantaran



Yuhuuuu,

Ya, saya sedar majlis kahwin saya sudah tujuh bulan berlalu dan hati pun sebenarnya tidak lagi berhajat bercerita apatah lagi membuat post mengenainya. Namun, acehh... bila ada namun tu maknanya nak bagi alasanlah tu! hihi.. Namun, saya nak buat juga hahaha...Sebab? Sebab ada beberapa follower blog ini (yang sememangnya hanya beberapa kerat...) merupakan bakal-bakal ratu sehari. 

Saya percaya mereka di sini kerana mahukan sesuatu yang dekat dengan hari bahagia mereka baik berkongsi info ataupun pengalaman. Disebabkan saya sudah berpaling tadah dari menjadi pelanggan setia majalah Pesona Pengantin, mahupun pelayar tetap laman web syokkahwin apatah lagi penjenguk tegar kahwinmall, (walau masih mengikuti beberapa blog bride bloggers) tapi saya yakin saya sudah hilang sensitiviti terhadap apa yang "in", terbaru dan canggih dalam merancang majlis perkahwinan kini. 

Nyata, bercerita atau berkongsi tentang trend terkini tak mampu untuk saya laksanakan. Hanya dapat membebel tentang pengalaman lalu saya dalam menempuh hari-hari sebelum bergelar puan hihi... walau tak banyak, mungin secubit kisah saya dapat dijadikan panduan ataupun sempadan. 

Balik ke tujuan asal. Saya pernah berazam (acehhh azam kau!) selepas  majlis pertunangan saya dahulu, yang saya tak mahu lagi buat hantaran saya sendiri. Tangan kaku, idea tak seberapa nak berciak dan tiada sentuhan kecundang dalam hasil kerja saya! Seriklah tu konon-kononya.. Dah berangan-angan utk hantaran kahwin mahu tempah saja, biar hasilnya meletupzz lantas menjadi buah mulut jiran tetangga yang cemburu dalam kekaguman kahkahkah... 

Apabila tiba harinya, hantaran perlu disedia untuk hari bahagia. Eh, siapa gerangan sang tikus yang mebaiki labu itu? SAYA!!! Ye, adalah saya sang tikus yang mencicit ke hulu ke hilir menyiapkan hantaran KEDUA-DUA belah pihak! Muahahhaha....

Sebab apa jadi begitu?? Tak ada duit nak upah!! Senang cerita, tak payah nak kaber-kaber! Oh, kenapa buat utk pihak lelaki sekali? Sebab saya pentamak muahahahaha!!! (gelak jahat).

Dipendekkan cerita (kalau tak, panjang berjela lagi ni), saya beli saja bahan-bahan mentah utk gubah hantaran sendiri. Puan kedai, yang sangat memahami rupa saya yang kelat-kelat masam bila dengar harga upah gubah set hantaran dengan baik hati telah menunjukkan demo ekspres mengklepet hiasan bunga dan reben  untuk saya buat sendiri di rumah. "Asalkan beli barang-barang kat kedai aku, apalah sangat nak tunjuk klepet2 reben ni" - agaknya itulah kata nyonya kedai tu kot.

Maaf, saya tak punya gambar kenangan semasa menggubah hantaran2 tu apatah lagi gambar lengkap utk saya compile jadikan tutorial. Hanya ada kenangan produk akhir ketika majlis akad nikah di masjid, itupun tak pelbagai pilihan gambarnya. Mungkin photographer ada snap beberapa kali tapi cuma satu yang dia rasa elok diberikan pada saya. Gambar yang lain-lain tu katanya, tak dipilih jadi tak perlulah tengok... pasrah dalam kebasahan air mata huhuhu..   

Jadi, ini dia hasil gubahan ringkas-mudah saya dari pihak perempuan untuk sang suami: 



persalinan baju melayu.. tgk tu kelepet reben2 sampai tiga empat jenis 



kek tak buat sendiri ye!  (foc drp kakak sepupu)



buah-buahan (angle ni macam tak kena pula)


wallet dan belt



ye, sirih junjungnya pun saya gubah sendiri



coklat.. angle ni fokus kat nama coklat lantas
meminggirkan lilitan reben dan bunga yang saya gigih kelepet2 tu...


bunga rampai err pot pouri



kasut

Kalau diperhatikan, anda boleh tahu apa je yang saya kena buat kan? Basically saya buat empat perkara ni saja:-

Pertama
Bekas Hantaran -  Tampal luar bekas hantaran dengan reben ungu cair + lis ungu pekat. Lekat tali pintal2 bahagian atas dan tali manik-manik bahagian bawah.

Kedua
Hiasan bunga dan reben - Lilit  bunga ungu dan ranting silver dengan dua ke tiga jenis reben pilihan

Ketiga
Lapik dalam bekas hantaran - Bubuh je kertas emm ala lupa nama jenis kertas ni.. kasik kedut2 sikit..

Keempat
Barang hantaran - bubuhlah lagu mana ikut sedap tangan!


Itu saja!! Mudahkan? Awak pun boleh buat sendiri kan?? Tapi agak kecewa, dalam gambar-gambar tu, (bagi  pendapat saya) tak nampak dengan jelas hiasan-hiasan yang saya buat huhuhu.. (diri, sila pasrah lagi ye..)

Saya rasa lebih mudah dan yakin buat gubahan hantaran kahwin ni mungkin sebab sudah diberi idea dan tunjuk ajar oleh nyonya kedai barang perhiasan hantaran tulah. Nyonya tu juga bagi panduan barang-barang yang perlu saya dapatkan untuk menggubah. Jika tak, haru juga nak menghiasnya macam waktu bertunang dulu. Main beli je entah apa-apa hiasan hingga berlebih-lebih dan ada yang sampai sudah tak pakai pun kerana tak sesuai.

Berbaloi ke buat semua ni sendiri? Bajet cantik meletzzz kerrr??  Dah tak ada duit, tak payah nak lebih-lebih! Berbaloi harga dengan hasilnya...Harga bajet, rupa pun ada diskaun sikitlah kadar cantiknya..ye dak? What do you expect? Simple sudeyyy...

Okeylah, dah panjang post ni. Lain kali saya tunjuk yang saya buat untuk pihak lelaki untuk perempuan pula ya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...