Saya yang memang Saya

Friday, September 9, 2011

................. Ayam Portugis


Yuhuuu,

Cetusan idea untuk mengemaskini blog tak seberapa menawan sebenarnya. Tapi saya gagahkan juga diri menaip-naip di sini. Sebab apa? Sebab mahu melupakan seketika kelaraan jiwa yang kemungkinan besar disumbangkan pre-menstrual syndrome(PMS). Dah tu, teringat raya tahun ni tak berapa meriah - nangis, teringat kereta rosak, tak baik-baik lagi - nangis, teringat barang-barang dapur dah habis, tak tahu bila nak top up - nangis, baca blog orang yang jiwang-jiwang sikit - nangis.. kaedahnya bukan PMS lagi ke tu??? Letih nak melayan emosi diri kala begini.. Jadi saya kira, pengalihan perhatian boleh mengatasi permasalahan ini..

Amboi panjang mukadimah cerita.. Alah, apa salahnya..bukankah ini salah satu fungsi blog juga, mencurahkan perasaan isi hati melalui tulisan err taipan?... Mahu bercerita face-to-face dengan rerakan, siapalah saya untuk mengganggu masa keemasan mereka.

Baiklah, kembali ke tujuan asal post saya kali ini. Saya mahu perkenalkan sebuah hidangan yang sering juga ibu saya sediakan dahulu iaitu 'Ayam Portugis'. Haaa.. pernah rasa tak lauk ni? Ayam portugis merupakan salah satu lauk feyveret saya tau..Rasanya agak dekat dengan rendang ayam. In fact, beberapa hari lalu masa saya hidangkan suami dengan lauk ini:

                                      Saya: Sedap tak bang lauk ni?
                                    Suami: Sedap! (sambil mengangguk-angguk)
                                      Saya: Tahu tak lauk apa ni?
                                    Suami: Tahu....
                                      Saya: Lauk apa?
                                    Suami: Rendang ayam!!

Dia tak tahu pun tentang lauk ni sebelumnya, macam mana nak bagi jawapan yang betul.. ye tak? Mungkin ramai juga yang tak tahu terutama golongan liat ke dapur macam saya dulu hihi...Jadi saya fikir elok juga saya bagi resepinya buat anda cuba. Bukan apa, rasanya sedap dan tak susah nak memasaknya. Tambah lagi rasa macam rendang ayam, musim raya macam ni kalau bercita nak buat rendang bolehlah gantikan dengan hidangan ni..makan dengan nasi himpit sedap juga!!

Wokey..sudah ada pen dan kertas untuk menyalin? Dey, dey, dey!! Ini kan zaman teknologi, copy and paste sudeyyy.... Eleh eksen!! Kalau blackout nanti baru padan muka bleukk..



AYAM PORTUGIS

Bahan-bahan (anggaran seekor ayam)


- cili kering 10 batang je (batang ke?) jangan guna sebakul macam ni


- cili merah 6 biji


- kunyit hidup besar ibu jari


- bawang besar 


- bawang kecil



- bawang putih


- buah keras 10 biji (kenal kan benda alah ni?)



- serai 3 batang


- lengkuas anggaran 3 inci



- biji sawi sesudu



- cuka 2 ke 3 sudu. boleh juga ganti dengan asam keping 



* semua gambar di atas diculik dari Google Image.. terima kasih kpd tuan punya gambar ye..


Cara Masak
1. Kisar halus cili merah, cili kering, buah keras, kunyit hidup dan biji sawi. Kisar seketika saja bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan di atas.
4. Campakkan serai dan lengkuas yang dititik.
5. Bila garing, masukkan ayam pula.
6. Kacau dan apabila ayam sudah kecut, masukkan sedikit air.
7. Biarkan ayam empuk.
8. Kemudian, renjiskan dua ke tiga sudu cuka. Kalau alah dengan cuka boleh ganti dengan asam keping.
9. Perasakan dengan garam , gula dan pak aji. Cuba rasa, sedap tak? Kalau tak sedap lagi, pandai-pandailah kamu membega....
10. Kalau nak lebih berkuah tambahlah air lagi sikit.
11. Siappp!!! eh, senangnya...haha poyo!


Ini rupa sang ayam portugis yang saya masak tempoh hari. Ehem, ehem maaf kalau ada kurangnya, ini baru percubaan pertama..


ayam portugis kasik senyum sikit....



kasik kempis perut sikit...


Yang bestnya resepi ni pakai buah keras instead of santan macam dalam rendang. Konon-konon lebih healthy lah tu. Kerisik pun tak perlu guna cuma still kena tumislah. Jadi apa lagi jangan malas-malas cuba tau.Bagi yang nak makan dengan nasi putih, gu yang sesuai  mungkin jelatah timun+nenas tu.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa nama dia portugis? errr emm ntah sebab ada pengaruh masakan Portugis rasanya. Ikut logiknya, mak saya mungkin belajar resepi ni daripada mak tiri dia, asal orang Melaka, Melaka kan pernah kena jajah dengan Portugis, mestilah ada tempias-tempias pengaruh Portugis di kalangan rakyat jelata, termasuklah dalam makanan, tak gitu? Logik tak? hehehe

Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Maklum saja, saya ni suka buat post panjang-panjang, tak reti nak pendek-pendek. Sayang korang!!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...