Saya yang memang Saya

Saturday, September 17, 2011

.............. DIY Hantaran Pihak Lelaki


Yuhuuu,

Mahu buat lanjutan post DIY hantaran yang lalu. Kali ini mahu tunjukkan hantaran yg saya buat bagi pihak lelaki ke pihak perempaun. Kiranya saya buat utk diri sendirilah hihihi cuma barang-barang hantaran tu still pihak lelaki yg belikan.

Seperti yang saya ceritakan pada post lalu, barang-barang keperluan perhiasan utk mengubah hantaran kedua-kedua pihak saya beli sekali-harung. Saya gubah hantaran ni semua satu-satu, sikit demi sikit agar tak kelam kabut di saat-saat akhir.

Ini antara kelebihan jika kita tak gunakan bunga hidup. Gubahan boleh dimulakan seawal mungkin kerana tak berdepan dengan masalah bunga layu atau cara menyimpan agar bunga kekal lama.

Namun secara peribadi, saya juga suka gubahan hantaran menggunakan bunga hidup kerana nampak lebih berseri dan ada "soul". Cuma, kurang pengalaman dan skill dalam menggendalikan bunga hidup buat saya memilih hiasan bunga 'pelesu' hehehe...

Cara menghias hantaran yang ini pun mendapat tunjuk ajar daripada nyonya kedai menjual barang perhiasan hantaran tu. Puan kedai dgn murah hati berdemo ekspres menunjukkan cara bagaimana harus saya hias bunga yang saya beli di kedainya. Dia juga mencadangkan hiasan-hiasan yang lain mengikut kesesuaian hiasan dan citarasa saya.

Di bawah ini adalah hasil gubahan ringkas saya.


beg tangan



pot pouri - susunan asal dah lari daaa




cekelat



compact digital camera



sirih junjung yg terkelepet hujungnya.. sapa punya kerja tu hah?



haa ini rupa asal sirih junjung yg saya buat... ini snap sendiri 



persalinan baju kurung moden



Secara ringkasnya apa yg saya buat:

Pertama
Bekas hantaran putih bulat
- Keliling bekas dililit/digam manik-manik bertali warna hijau
- Dalamnya dilapik dengan kain net warna hijau juga
- Lekat beberapa hiasan juntaian bunga reben kecil di manik-manik bertali tu ikut suka

Kedua
Bunga hiasan berkilat emas
- Ambil dua kuntum bunga, letak bunga sebelah-menyebelah dan ikat dengan reben.
- Ikatkan juga ke bekas hantaran.

Ketiga
Barang hantaran
- Susun ikut suka atau ikut kesesuaian asal sedap mata memandang


Ringkas saje.. Saya kira mana-mana bakal pengantin yang opt for simple outlook untuk hantaran mereka pun boleh buat sendiri juga termasuk yeng keras tangan sebab ianya super senang. Hasilnya, walau tak segah mana tapi saya tetap senyum gembira tengok hasil kerja sendiri. Tak perlu marah-marah kalau ada yang salah position atau tak kemas tapi tak dibetulkan (sebab diri sendiri yang malas nak betulkan hihihi..)

Di bawah ni pula, adalah gelang tangan untuk acara batal air sembahyang dan mas kahwin. Yang ni saya tak buat sebab tak termasuk dalam senarai hantaran hahahaha..berkira ni..


gelang - hiasan ni beli dah siap tinggal letak gelang tangan je



mas kahwin - kak ipar hias guna baki bunga yg ada dan bekas kotak yg
memang ada di rumah saya 



kami dengan hantaran - click pada gambar utk tumbesaran 


Itu saje...till nex post... bubye...

Saturday, September 10, 2011

............... DIY Hantaran



Yuhuuuu,

Ya, saya sedar majlis kahwin saya sudah tujuh bulan berlalu dan hati pun sebenarnya tidak lagi berhajat bercerita apatah lagi membuat post mengenainya. Namun, acehh... bila ada namun tu maknanya nak bagi alasanlah tu! hihi.. Namun, saya nak buat juga hahaha...Sebab? Sebab ada beberapa follower blog ini (yang sememangnya hanya beberapa kerat...) merupakan bakal-bakal ratu sehari. 

Saya percaya mereka di sini kerana mahukan sesuatu yang dekat dengan hari bahagia mereka baik berkongsi info ataupun pengalaman. Disebabkan saya sudah berpaling tadah dari menjadi pelanggan setia majalah Pesona Pengantin, mahupun pelayar tetap laman web syokkahwin apatah lagi penjenguk tegar kahwinmall, (walau masih mengikuti beberapa blog bride bloggers) tapi saya yakin saya sudah hilang sensitiviti terhadap apa yang "in", terbaru dan canggih dalam merancang majlis perkahwinan kini. 

Nyata, bercerita atau berkongsi tentang trend terkini tak mampu untuk saya laksanakan. Hanya dapat membebel tentang pengalaman lalu saya dalam menempuh hari-hari sebelum bergelar puan hihi... walau tak banyak, mungin secubit kisah saya dapat dijadikan panduan ataupun sempadan. 

Balik ke tujuan asal. Saya pernah berazam (acehhh azam kau!) selepas  majlis pertunangan saya dahulu, yang saya tak mahu lagi buat hantaran saya sendiri. Tangan kaku, idea tak seberapa nak berciak dan tiada sentuhan kecundang dalam hasil kerja saya! Seriklah tu konon-kononya.. Dah berangan-angan utk hantaran kahwin mahu tempah saja, biar hasilnya meletupzz lantas menjadi buah mulut jiran tetangga yang cemburu dalam kekaguman kahkahkah... 

Apabila tiba harinya, hantaran perlu disedia untuk hari bahagia. Eh, siapa gerangan sang tikus yang mebaiki labu itu? SAYA!!! Ye, adalah saya sang tikus yang mencicit ke hulu ke hilir menyiapkan hantaran KEDUA-DUA belah pihak! Muahahhaha....

Sebab apa jadi begitu?? Tak ada duit nak upah!! Senang cerita, tak payah nak kaber-kaber! Oh, kenapa buat utk pihak lelaki sekali? Sebab saya pentamak muahahahaha!!! (gelak jahat).

Dipendekkan cerita (kalau tak, panjang berjela lagi ni), saya beli saja bahan-bahan mentah utk gubah hantaran sendiri. Puan kedai, yang sangat memahami rupa saya yang kelat-kelat masam bila dengar harga upah gubah set hantaran dengan baik hati telah menunjukkan demo ekspres mengklepet hiasan bunga dan reben  untuk saya buat sendiri di rumah. "Asalkan beli barang-barang kat kedai aku, apalah sangat nak tunjuk klepet2 reben ni" - agaknya itulah kata nyonya kedai tu kot.

Maaf, saya tak punya gambar kenangan semasa menggubah hantaran2 tu apatah lagi gambar lengkap utk saya compile jadikan tutorial. Hanya ada kenangan produk akhir ketika majlis akad nikah di masjid, itupun tak pelbagai pilihan gambarnya. Mungkin photographer ada snap beberapa kali tapi cuma satu yang dia rasa elok diberikan pada saya. Gambar yang lain-lain tu katanya, tak dipilih jadi tak perlulah tengok... pasrah dalam kebasahan air mata huhuhu..   

Jadi, ini dia hasil gubahan ringkas-mudah saya dari pihak perempuan untuk sang suami: 



persalinan baju melayu.. tgk tu kelepet reben2 sampai tiga empat jenis 



kek tak buat sendiri ye!  (foc drp kakak sepupu)



buah-buahan (angle ni macam tak kena pula)


wallet dan belt



ye, sirih junjungnya pun saya gubah sendiri



coklat.. angle ni fokus kat nama coklat lantas
meminggirkan lilitan reben dan bunga yang saya gigih kelepet2 tu...


bunga rampai err pot pouri



kasut

Kalau diperhatikan, anda boleh tahu apa je yang saya kena buat kan? Basically saya buat empat perkara ni saja:-

Pertama
Bekas Hantaran -  Tampal luar bekas hantaran dengan reben ungu cair + lis ungu pekat. Lekat tali pintal2 bahagian atas dan tali manik-manik bahagian bawah.

Kedua
Hiasan bunga dan reben - Lilit  bunga ungu dan ranting silver dengan dua ke tiga jenis reben pilihan

Ketiga
Lapik dalam bekas hantaran - Bubuh je kertas emm ala lupa nama jenis kertas ni.. kasik kedut2 sikit..

Keempat
Barang hantaran - bubuhlah lagu mana ikut sedap tangan!


Itu saja!! Mudahkan? Awak pun boleh buat sendiri kan?? Tapi agak kecewa, dalam gambar-gambar tu, (bagi  pendapat saya) tak nampak dengan jelas hiasan-hiasan yang saya buat huhuhu.. (diri, sila pasrah lagi ye..)

Saya rasa lebih mudah dan yakin buat gubahan hantaran kahwin ni mungkin sebab sudah diberi idea dan tunjuk ajar oleh nyonya kedai barang perhiasan hantaran tulah. Nyonya tu juga bagi panduan barang-barang yang perlu saya dapatkan untuk menggubah. Jika tak, haru juga nak menghiasnya macam waktu bertunang dulu. Main beli je entah apa-apa hiasan hingga berlebih-lebih dan ada yang sampai sudah tak pakai pun kerana tak sesuai.

Berbaloi ke buat semua ni sendiri? Bajet cantik meletzzz kerrr??  Dah tak ada duit, tak payah nak lebih-lebih! Berbaloi harga dengan hasilnya...Harga bajet, rupa pun ada diskaun sikitlah kadar cantiknya..ye dak? What do you expect? Simple sudeyyy...

Okeylah, dah panjang post ni. Lain kali saya tunjuk yang saya buat untuk pihak lelaki untuk perempuan pula ya..

Friday, September 9, 2011

................. Ayam Portugis


Yuhuuu,

Cetusan idea untuk mengemaskini blog tak seberapa menawan sebenarnya. Tapi saya gagahkan juga diri menaip-naip di sini. Sebab apa? Sebab mahu melupakan seketika kelaraan jiwa yang kemungkinan besar disumbangkan pre-menstrual syndrome(PMS). Dah tu, teringat raya tahun ni tak berapa meriah - nangis, teringat kereta rosak, tak baik-baik lagi - nangis, teringat barang-barang dapur dah habis, tak tahu bila nak top up - nangis, baca blog orang yang jiwang-jiwang sikit - nangis.. kaedahnya bukan PMS lagi ke tu??? Letih nak melayan emosi diri kala begini.. Jadi saya kira, pengalihan perhatian boleh mengatasi permasalahan ini..

Amboi panjang mukadimah cerita.. Alah, apa salahnya..bukankah ini salah satu fungsi blog juga, mencurahkan perasaan isi hati melalui tulisan err taipan?... Mahu bercerita face-to-face dengan rerakan, siapalah saya untuk mengganggu masa keemasan mereka.

Baiklah, kembali ke tujuan asal post saya kali ini. Saya mahu perkenalkan sebuah hidangan yang sering juga ibu saya sediakan dahulu iaitu 'Ayam Portugis'. Haaa.. pernah rasa tak lauk ni? Ayam portugis merupakan salah satu lauk feyveret saya tau..Rasanya agak dekat dengan rendang ayam. In fact, beberapa hari lalu masa saya hidangkan suami dengan lauk ini:

                                      Saya: Sedap tak bang lauk ni?
                                    Suami: Sedap! (sambil mengangguk-angguk)
                                      Saya: Tahu tak lauk apa ni?
                                    Suami: Tahu....
                                      Saya: Lauk apa?
                                    Suami: Rendang ayam!!

Dia tak tahu pun tentang lauk ni sebelumnya, macam mana nak bagi jawapan yang betul.. ye tak? Mungkin ramai juga yang tak tahu terutama golongan liat ke dapur macam saya dulu hihi...Jadi saya fikir elok juga saya bagi resepinya buat anda cuba. Bukan apa, rasanya sedap dan tak susah nak memasaknya. Tambah lagi rasa macam rendang ayam, musim raya macam ni kalau bercita nak buat rendang bolehlah gantikan dengan hidangan ni..makan dengan nasi himpit sedap juga!!

Wokey..sudah ada pen dan kertas untuk menyalin? Dey, dey, dey!! Ini kan zaman teknologi, copy and paste sudeyyy.... Eleh eksen!! Kalau blackout nanti baru padan muka bleukk..



AYAM PORTUGIS

Bahan-bahan (anggaran seekor ayam)


- cili kering 10 batang je (batang ke?) jangan guna sebakul macam ni


- cili merah 6 biji


- kunyit hidup besar ibu jari


- bawang besar 


- bawang kecil



- bawang putih


- buah keras 10 biji (kenal kan benda alah ni?)



- serai 3 batang


- lengkuas anggaran 3 inci



- biji sawi sesudu



- cuka 2 ke 3 sudu. boleh juga ganti dengan asam keping 



* semua gambar di atas diculik dari Google Image.. terima kasih kpd tuan punya gambar ye..


Cara Masak
1. Kisar halus cili merah, cili kering, buah keras, kunyit hidup dan biji sawi. Kisar seketika saja bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan di atas.
4. Campakkan serai dan lengkuas yang dititik.
5. Bila garing, masukkan ayam pula.
6. Kacau dan apabila ayam sudah kecut, masukkan sedikit air.
7. Biarkan ayam empuk.
8. Kemudian, renjiskan dua ke tiga sudu cuka. Kalau alah dengan cuka boleh ganti dengan asam keping.
9. Perasakan dengan garam , gula dan pak aji. Cuba rasa, sedap tak? Kalau tak sedap lagi, pandai-pandailah kamu membega....
10. Kalau nak lebih berkuah tambahlah air lagi sikit.
11. Siappp!!! eh, senangnya...haha poyo!


Ini rupa sang ayam portugis yang saya masak tempoh hari. Ehem, ehem maaf kalau ada kurangnya, ini baru percubaan pertama..


ayam portugis kasik senyum sikit....



kasik kempis perut sikit...


Yang bestnya resepi ni pakai buah keras instead of santan macam dalam rendang. Konon-konon lebih healthy lah tu. Kerisik pun tak perlu guna cuma still kena tumislah. Jadi apa lagi jangan malas-malas cuba tau.Bagi yang nak makan dengan nasi putih, gu yang sesuai  mungkin jelatah timun+nenas tu.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa nama dia portugis? errr emm ntah sebab ada pengaruh masakan Portugis rasanya. Ikut logiknya, mak saya mungkin belajar resepi ni daripada mak tiri dia, asal orang Melaka, Melaka kan pernah kena jajah dengan Portugis, mestilah ada tempias-tempias pengaruh Portugis di kalangan rakyat jelata, termasuklah dalam makanan, tak gitu? Logik tak? hehehe

Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Maklum saja, saya ni suka buat post panjang-panjang, tak reti nak pendek-pendek. Sayang korang!!!!!


Tuesday, September 6, 2011

ke Hat Yai dgn Rerakan - 2


Yuhuuu..

Walaupun terlambat, mahu juga sambung post yg lepas (ke hatyai dgn rerakan - 1) ni. Hari terakhir di Hatyai, kami bangun agak awal kerana mahu sambung shopping di pasar pagi. Menggelitis semua nak habiskan duit bhat hihihi.. Di sini byk juga dijual beg dan kasut selain barangan biasa yg kita jumpa di pasar.


bertuk tuk di awal pagi





Perasan tak baju kami yg serupa tapi berlainan warna tu? Hihi borong di pasar pada malam sebelumnya.. baju saya yg warna hijau tu ditaja dengan murah hati oleh en Acan. Terima kasih daun keladi!!


Pasar hatyai - nama sebenar pasar tidak diketahui

Ada banyak kedai yg berjualan, tapi kenalah pandai memilih dan menawar harga. Kebanyakan peniaga bermurah hati bagi potongan harga jika kita beli borong. Setakat nak beli satu je lepas tu nak diskaun kaw kaw alamat tak dilayanlah mek oi..

Satu lagi kalau dah berkenan, lebih baik beli terus. Bukan apa, bagi yg tak biasa, mungkin akan keliru dengan lorong2 kedai yang banyak dan nampak serupa tu. Jadi hal pula nak berpusing-pusing cari semula kedai yang kita dah pergi tadi.

Selain berjaya melincinkan kedai beg, rerakan saya meriah juga memborong toiletries macam syampu, losyen dan bedak beras di pasar ni. Harganya memang jauh lebih murah dari yg di Malaysia. Kalau terlarat nak menghayak, belilah! Berbaloi-baloi khap...

Usai membeli-belah, kami tercari-cari pula tempat untuk bersarapan pagi. Angin dalam perut dah menendang-nendang sebab shopping dulu sebelum makan. Teruja kekdahnya! Lelah nak cari tempat jauh-jauh, kami langsung ke food court pasar saje, senang cerita. Banyak pilihan makanan muslim buat kami tersenyum lebar! Makanannya, seperti biasa tidak menghampakan.


suka dapat makan - sarapan di food court pasar


amboi, sedap sangat agaknya


Kemudian, kami kembali ke hotel untuk daftar keluar. Lepas tu merasalah heret beg-beg masuk ke Lee Garden Plaza sekali lagi. Kebanyakan kami gunakan kesempatan ini untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang nanti.





narz beli coklat berbentuk huruf - boleh susun-susun jadi nama kita. cantik!



bosan menunggu - dah macam org tak betul dgn spek pinjam

Dengan muka selamba, lepak lama-lama dengan beg-beg yang berderet kat kedai kopi (dah lupa nama). Ikutkan kami rancang:- saya, aju dan acan melepak di plaza manakala encik narzey temankan emi bakar buat full body spa, malangnya tak dapat pula. So semua melepak di plaza sambil berganti-ganti giliran anatara duduk jaga beg-beg di kedai kopi dengan bershopping hihi..


tunggu bas untuk pulang KL


tu dia beg dah beranak2 dah



atas bas - mahu berangkat pulang sudahhh


sibuk tunjuk tiket bas dia tu!


Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang... iskk rasa nak pergi jalan-jalan lagilah! Jom?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...