Saya yang memang Saya

Wednesday, August 31, 2011

Syawal Kali Ini...


Alhamdulillah...

Sekali lagi dapat merasai nikmat bergembira menyambut hari besar.. 

Namun sedikit berbeza tahun ini...tahun 2011..saya menyambut Syawal dengan adanya suami di sisi; bukan lagi sebagai anak dara malas-malas-manja ibu.

Walau ada hiba mencuit (tak biasa berjauh daripada keluarga kekdahnya), tapi hati girang juga punya kesempatan berpuasa, bersahur dan berhari raya di kampung..kampung suami di Temerloh, Pahang. Saya yang tak punya kampung sebelum ini, dapat juga menumpang rasa suasana baru kali ini.

Beberapa kelainan dalam pengalaman di suasana baru ini buat saya rasa, "wow, perkahwinan adalah ejen pertembungan dan pertukaran budaya yang menakjubkan!". acehhh....

Walaupun saya adalah manusia "awkward forever to new environment" tapi saya cuba sehabis baik membantutkan usaha diri untuk 'kawalan ayu' dan menuju ke matlamat 'menikmati hingga terpenuh'. Oh, tapi saya masih perlukan penggayaan 'kawalan ayu' dan 'saya comel, tidakkah anda fikir begitu?' semasa bergambar agar rakan-rakan laman sosial akan memuji keremajaan wajah ketika mereka menstalk album raya yang akan saya upload di fb kelak.

( saya mahu upload gambar yang diambil pada pagi raya di post ini untuk bermegah-megah, tapi oleh sebab hubungan internet di kampung tidak begitu memberangsangkan, mahu lemau dibuatnya nanti maka lupakan saja niat yang tak sesuci lebaran itu)

Ramadan dan Syawal tahun ni sudah saya tempoh plot ceritanya. Semoga diberi kesempatan oleh-Nya untuk menjenguk Syawal yang akan datang pula. Tentunya di samping insan-insan kecintaan saya, my support system..Insyaallah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...