Saya yang memang Saya

Monday, July 4, 2011

Stir Fried Beef - Percubaan Pertama

Wah...lama sy tinggalkan blog ni x berupdate. Beberapa hal peribadi yg terjadi telah merencat keinginan berblogging spt biasa kebelakangan ini.

Mood bercerita sy agak terjejas sikit maka mari ke sesi cerita bergambar saja. Cakap sikit ada gambar... senang, x payah cerita panjang lebar.

Beberapa hari lepas sy telah mencuba resipi "stir fried beef" buat pertama kalinya. Seronok dpt mencuba hidangan baru. Jadi sy teruja utk berkongsi dgn semua walaupun mungkin sudah ada yg tahu bagaimana cara nak memasaknya.


Hasilnya...nyum nyum


Sy kenal hidangan ni sewaktu bekerja dlm production rancangan memasak "Jom Rasa". Chef Sabri yg mengendalikan rancangan itu telah menyediakan hidangan ini dlm salah satu episod. Chef sengaja masak lebih supaya krew semua dpt merasa sama. Memang sedap!

Tapi oleh kerana dulu sy x minat langsung memasak, sy x ambil pusing pun cara nk memasaknya walaupun masa shooting masak itu sy berdiri tercangak depan chef. Satu pun x masuk kepala otak.

Sekarang bila dah kehabisan idea nak sediakan hidangan utk keluarga barulah menggelupur nak carik balik resepi tu. Sy mainkan semula dvd utk salin resepinya hihi.

Resepi asalnya "Stir Fried Beef with Celery". Tapi sebab di dapur sy x ada saderi, sy gantikan dgn brokoli haha sesuka hati je. Mesti saderi lebih sesuaikan so jgn ikut saya ye. Gunakan saderi ye kwn2.

Mari kita sediakan bahan2 utk  Stir Fried Beef

- Cili kering, bawang putih, halia




- Putik jagung



-Lobak merah



- Brokoli (sepatutnya batang saderi ye)



- Daging, sos tiram, kicap cair/ kicap pekat, garam, gula, kiub pati ayam, minyak masak


Bahan2 semua sudah sedia? Mari mula memasak!


1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, cili kering dan halia.







2. Masukkan daging. Kalau daging yg anda beli jenis agak liat mungkin perlu rebus dahulu. Kalau x liat potos nipis saje sudah cukup. Kalau boleh potong lebih nipis dr gambar di bawah ni spy cepat empuknya.



3. Masukkan sos tiram dlm 3 sudu. Sy x pasti chef masukkan kicap apa jadi sy masukkan kicap cair 2 sudu dan kicap pekat yg biasa tu 1 sudu.

4. Campakkan lobak merah.




5. Lemparkan saderi. Sy x ada saderi, guna brokoli je la.




6. Masukkan putik jagung pula.



7. Meriahkan rasanya dgn sikit garam (mungkin juga x perlu kalau dah cukup masin dr sos tiram dan kicap cair), gula dan kiub pati ayam.

Pastikan daging anda sudah cukup empuk kemudian hidangkan dgn penuh bergaya!

Selamat ke dapur uols!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...