Saya yang memang Saya

Tuesday, July 26, 2011

Rasa-rasa Vietnam

Kata orang, ada banyak cara utk mengenali sesebuah negara. Salah satunya (yg paling best sebenarnya) adalah melalui makanan. Tetapi ada cabarannya juga sebab agak sukar mencari makan halal di sesetengah tempat yg dikunjungi.

Maka kalau dah jumpa yg halal harusss SERBU!! Tambah2 lagi kalau x perlu prg jauh2 utk dapatkannya.

* Mukadimah yang "cam best" kunun2 berniat baik mempelajari budaya org lain padahal nak cover tabiat diri yg teramat gemar melantak dewasa ini.

Cerita ni dah lama tapi sekarang baru nk tulis kerana saya amat MALAS. 

Alkisahnya kakak saya telah membeli tawaran dr Groupon spt gambar di bawah ni.






Masih tak faham apa yg kami dapat dari tawaran ni? Mari saya terangkan. Rasanya ramai yg sudah familiar dgn Groupon yg menawarkan promosi2 menarik sambil kononnya menyelamatkan saku bukan. Jadi pastinya tawaran ini bukan percuma ye tetapi perlu dibeli. Beli dgn harga istimewa hihi..

Dgn harga istimewa itu (lebih drp 50% potongan dr harga asal sebanyak RM102.85), kami dapat hidangan makan malam utk empat orang di restoran makanan Vietnam, Du Viet Restaurant & Cafe. Kami akan dihidangkan dgn "wrap & roll appetizer platter" dan "vietnamese noodles".


wrap and  roll platter
(gambar diculik dr website restoran)

Apa menariknya makanan ini? Kejap ye, sy copy and paste dr website sajelah. Malas katanya. 

Wrap and Roll Platter (“Banh Hoi”) aka Mixed Grill Platter - A combination of appertizers for 3-4 to share, comprising Sugarcane Shrimps, Fried Imperial Springrolls, Fresh Summer Rolls with grilled chicken & beef, served with fresh veggies, rice vermicelli and rice papers. Diners get to make their own fresh summer rolls.

Utk noodles pula, kami diberi dua pilihan:


Pilihan 1: Traditional Chicken and Prawn Noodles Soup

Traditional Chicken and Prawn Noodles Soup - For non-beef eaters, this is the equivalent of the famous beef noodles. Same spices in chicken stock, served with veggies.

atau.....

Pilihan 2: Traditional mixed beef noodles

Pho Noodles Soup - Traditional mixed beef noodles. The most recognizable dish in Vietnamese cuisine, served with bean sprout, basil, mint, lime and our home-made chilli sauce. A must-try, simply for a Pho’licious experience! 

Kedua-dua pilihan pun sedap! dan mengenyangkan hihi.. Portionnya agak lumayan juga sbb tu sy tak larat nak habiskan semangkuk tu

Kami hanya entitled utk 2 menu di atas tapi menu2 lain yg ditawarkan restoran ni tak kurang menariknya. Jenguklah ke website mereka utk melelehkan air liur anda.

Selain itu, kami juga telah memesan pencuci mulut yg lazatzzzz.. yang ini dikenakan bayaran tambahan kerana tak termasuk dalam tawaran yg sedang diperkatakan dlm post ini ya.
Pancake durian yg rasa betul2 mcm durian!!


Kopi vietnam yg kaw kau! Ok, ini bukan pencuci mulut, lari tajuk..

Ada lagi satu pencuci mulut yg kami pesan tapi tak ada pula gambarnya. Seperti biasa, saya tak sempat snap gambar2 makanan kerana sy memang dasar pelahap, nampak makanan terus nak terkam!

Tak tahulah sama ada betul2 berbaloi atau tidak tawaran ni tapi yg penting sy puas hati kerana dpt cuba sesuatu yg baru dan sedapppp! Juga gembira kerana dpt feeling2 pelancong di negara sendiri dan berpura-pura kekok dan jakun sambil melipat kulit popiah.





Sebenarnya nak tunjuk tagline di kulit buku menu tu "the real vietnamese experience!" cewah.. kononnya kalau dtg ke restoran ni boleh rasa mcm betul2 berada di Vietnamlah kaedahnya. 

Oh, utk pengetahuan, kami pergi ke Du Viet Restaurant and Cafe outlet di Uptown Damansara. Selain yg di sini, ada tiga lagi outlet iaitu di KLCC, Sunway dan Pavillion.

Suka bila kami dtg ke restoran ni, disambut mesra oleh pemilik kedai kalau saya tak silap. Seorang perempuan Cina (atau Vietnam?? saya tak pasti). Dia siap bagi penerangan tentang makanan yg dihidangkan dan bagaimana cara makan yg betul. Suasana sekitar restoran pun menambah keterujaan utk makan di sini. Mak saya siap mengidam nak datang lagi makan popiah goreng kat sini tapi belum berkesempatan untuk ke sana lagi buat masa ini. 










Oh sekarang saya rasa macam mahu rasa-rasa makanan dr negara lain pula! Mahu, mahu makan!!! 

Kamu pun cubalah sesuatu yg baru!! (tiru ayat Yuna dlm iklan Libresse)

Ok sampai jumpa lagi...Bubye..


2 comments:

  1. ada kt KLCC??? dah tu g jauh2 nun ke sinun apa kehenya yob???.. Adoi..

    Tu mak hint2 teringin2... buleh le g yg kt KLCC tu.. ek?

    ReplyDelete
  2. em boleh aja kalau ada ongkosnya...

    kita g ke sinun sbb yg di sinun yg buat promosi... yg lain belum bermurah hati kali...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...