Saya yang memang Saya

Tuesday, July 5, 2011

Kain Baju Nikah Airmata

Bertunang - akhir bulan April 2010.

Buat keputusan nak kahwin - akhir bulan September 2010

Tarikh nikah - 29 Januari 2011

Tarikh sanding - 30 Januari 2011

Tempoh utk buat persiapan kahwin - 3 bulan saja

Tempoh utk kumpul duit - 3 bulan tapi X SEMPAT LANGSUNG!

Situasi "bonus" 1 - berhenti dr kerja tetap akhir bulan Oktober 2010

Situasi "bonus" 2 - elaun sambung master KONONNYA masuk bulan Januari 2011 tapi hampeh akhirnya dpt bulan Mac 2011

Sumber pendapatan menjelang hari kahwin - X ADA LANGSUNG!!

..................................................................................................................

Jadi boleh tak bayangkan perasaan sy semasa merancang majlis perkahwinan sy? Sgt2 TENSI!! Sy menjadi sgt2 emotional & super sensitive!

Hajat nak menyarung baju nikah dari kain renda perancis terpaksa sy peruk2 ke ruang hati yg paling dalam cewah mcm teruk benor keadaannya. Ye sekarang rasa mcm x ada apa sgt tapi waktu itu sy benar2 hampa, terkilan & rasa nak nangis meraung2 dgn keadaan ekonomi diri. Nak harapkan simpanan pun berapa sen je yg ada.

Pakej perkahwinan yg sy ambil hanya sediakan sepersalinan baju utk bersanding. Maknanya baju utk dipakai pd hari nikah tiada dan perlu sy sediakan sendiri atau buat sewa tambahan.

Oktober 2010 menjelma. Sy hanya ada 3 bulan saja lagi menjelang hari nikah. Mahu atau tidak, kain utk baju nikah perlu sy beli segera. Kalau tidak, mungkin tidak ada langsung tukang jahit yg sanggup menerima tempahan baju kahwin di saat2 akhir begini. Ya, tempah dgn tailor saje, mendapatkan khidmat designer bukan satu pilihan pun dlm situasi poket kering seperti ini. 

Berbekalkan duit RM300, sy ditemani tunangan mencari kain utk baju nikah. Tempat pertama yg kami jejaki ialah Jakel kerana ini kononnya:


Pakej Promosi Pengantin RM159

Tak sabar utk melihat himpunan kain yg ditawarkan tapi sesudah berada di situ sales assistant pun tunjukkan kain2 dlm range harga promosi tu, serta-merta hati sy rasa luluh amat. Sbb sy impikan kain yg *ehem2 "glamour" utk baju nikah sy tapi yg di depan mata cuma kain2 chiffon yg simple. Bukannya tak cantik, bukan buruk cuma terasa amat simple bagi sy. Lebih sesuai utk persalinan bertunang barangkali.

Satu pun x menepati citarasa. SA itu tunjukkan kain yg lebih "meriah". Hati agak tertarik tapi sekejap cuma. Apabila terdengar dia menyebut harga lebih dr yg ada di kocek, hati jadi x keruan semula. Terlupa langsung yg di situ ada kemungkinan utk dpt harga jauh lebih murah drp yg dipaparkan jika kena cara menawarnya. Sensitiflah katakan. Entahlah rapuh betul semangat sy waktu itu.

Terus tarik tangan tunang menonong keluar dr Jakel. SA itu cuba pujuk2 tengok kain2 yg lain pun tak sy endahkan. Kalau tak silap, selepas itu sy ke Gulati's & beberapa kedai berhampiran di Jalan TAR itu. Perkara lebih kurang sama terjadi. Kalau nak kain yg "meriah" tambah2 lagi french lace - perlu ada RM400 ke atas. Macam mana nk beli sedangkan sy cuma ada RM300 cukup2 saja utk beli kain. Belum lagi harga upah jahitnya nanti.

Saya tahan rasa nak menjerit. Dalam otak dah "blank", tak tahu kedai mana lagi yg harus dituju utk dapatkan harga murah. Badan rasa penat sgt nk keluar masuk mana2 kedai utk survey harga walaupun baru saja sejam dua berlalu. Gara2 terlalu kecewa. Padahal sekarang sy rasa, tak perlulah kot nak rasa setragik itu kann.. Terbawa dek emosi sgt sy saat itu.

Saya masuk ke kedai kain "Gallery First Impression". Kain2 lace nampak keras kejung pada pandangan mata. Tapi hati dah give up untuk tetap dgn pendirian tentang jenis kain pilihan. Harga2 pakej kebanyakannya lebih rendah dr yg ada tersimpan di kocek. Mampu utk sy miliki.

Ada juga design kain yg seakan2 serupa dgn kain yg sy lihat di Jakel sebelumnya. Tak pasti pakej mana lebih berbaloi, harga lebih kurang sama. Malas nak berpatah balik ke Jakel utk bandingkan harga, maklum saje semangat yg patah masih belum kebah.

Pasrah.. sy benar2 pasrah. Hati berkata yg sy tak akan berjumpa dgn kain idaman hati dgn bekalan duit sebanyak itu di mana2 kedai pun kononnya. Jadi buat apa penat2 nak mencari2 lagi! Pilih saja salah satu dr kain yg ada dlm kedai "Gallery First Impression" ini. Biarlah tak berkenan pun, nak buat macam mana lagi.

Belek pny belek, sy berkeputusan memilih kain yg seakan2 di Jakel itu. Hati pasrah tapi bukan redha hahaha macam mana tu??







Kain lace 2 meter + lapik satin putih 4 meter + 5 meter satin utk lelaki = RM225




Selepas dah bayar, kain dah bertukar tangan, rasa kepuasan mahupun gembira masih x kunjung dlm perasaan. Tak lama kemudian.... sy menangis.. cuba melempiaskan rasa kecewa. Tunang yg memerhati jadi keliru sbb sy tak berterus-terang dgn dia. Sayup dia berkata, "kalau tak suka kenapa beli? Saya tak paksa pun..". Perlahan2 sy rasa bersalah pula kpd tunang sbb berperangai psycho di depannya.

I pull myself together saying that this is not the end of the world for Godsake. Apalah sgt setakat baju yg kau nak pakai sekejap tu berbanding kesempatan utk hidup bersama dlm berkat Allah.

Kemudiannya sy amalkan prinsip, ala dah sampai harinya, kalau pakai nanti confirm akan cantik punyalah. Insyaallah seri pengantin akan ada. Macam itulah sy pujuk hati.

Dari kejadian ini sy belajar yg bukan semua yg kita impikan boleh termakbul dgn mudah. Impian bukan utk diangan2kan sahaja tapi perlu disertai usaha yg gigih. Mungkin salah sy kerana tak merancang dgn baik, mungkin juga bukan rezeki sy kerana Allah tahu apa yg lebih baik utk sy. Mungkin juga meghindarkan sy dr membazir atau mengelakkan sy dr perasaan riak. Allah sahaja yg tahu rahsianya. 

Ini cuma secebis bahagian hidup yg ditetapkan utk sy jalani. Mudah-mudahan bahagian yg lain lancar hendaknya. Semoga juga mereka yg lain gembira dgn bahagian hidup masing-masing.


bahagian baju yg sy suka wewitt..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...