Saya yang memang Saya

Wednesday, June 15, 2011

Masak Asam - Percubaan Pertama

Ramai yg panggil "asam pedas" tapi sejak sekian lama kami sekeluarga mmg panggil "masak asam" saje. Ala kuah yg quite popular kat Melaka tu. Tapi x tahulah org Melaka sendiri prefer panggil apa ye?

Semalam buat pertama kalinya dlm sejarah hidup yg suku abad ini sy menyediakan "masak asam" utk makan malam kami suami isteri auww*

Heh! mungkin x ada apa2 bagi kamu. Tapi bagi sy, ia umpama satu pencapaian. Perasaannya sama spt kali pertama sy naik ke pentas terima sijil anugerah cemerlang masa darjah satu sbb dpt markah seratus dlm Matematik! hahaha.. Rasa mcm..."biar betul!".

Sbb apa sy rasa begitu? Sebab sepanjang hidup membujang jarang2 sekali sy menyinsing lengan turun ke dapur menolong emak memasak. Kalau ada pun setakat menjenguk bertanya, "mak masak apa hari ni? laparlah!" disusuli lawak2 bodoh sy agar mak rasa terhibur sikit sambil memasak utk anak dara dia yg pemalas ni.

Sekarang, giliran sy pula memasak utk org kesayangan sy hihi.. Hey, apa kata sy kongsikan resepinya di sini agar kamu boleh sediakannya utk orang kecintaan kamu pula. Menebarkan rasa kasih melalui makanan auww seksi! * feeling2 Nigella Lawson hihi

Resepi ini tentunya sy dpt drp emak. Tapi sy tak tengok pun dia masak depan mata. Belajar secara lisan saje hahaha...kan saya dah kata, sy liat turun ke dapur dgn emak...Emak pula mgkin dpt resepi ni waktu dia membesar di Melaka dulu. Mak bilang, org kat kampung dia dulu hampir setiap hari masak asam pedas.

Ok here it goes: Masak Asam Ikan Mabong (sebab ikan ni yg ada dlm peti ais semalam)

Bahan2 (utk 2-3 org makan)
- bawang putih (~ 2 ulas)
- bawang merah (~ 3 ulas)
- cili kering (~ segenggam)
- kunyit (~ 1/2 inci)
- belacan (~ 3/4 ibu jari)
- air asam jawa (besar ibu jari)
- ikan mabong (boleh guna ikan2 lain yg kamu gemar)
- daun kesum atau daun limau purut
- minyak masak tentunya
- sikit air
- terung (sbb sy suka terung dlm masak asam sy. Nak bendi? taruklah!)

Maaf ye sy x punya kuantiti yg tepat maklumlah emak2 kita pun masak main campak2 je mana ada exact kuantiti macam org putih tu..

Cara2 memasaknya: (mungkin cara kamu berbeza, tapi ini resepi sy dpt drp mak saya jadi ikut jelah)
1. Bawang putih & bawang merah ditumbuk kasar lalu ditumis hingga naik baunya.
2. Masukkan pula cili kering (rebus dulu dlm periuk lain), kunyit & belacan yg sudah dikisar halus.
3. Kacau hingga terbit minyak kemudian masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sikit air & biarkan mendidih sedikit (jgn biar lama sgt)
5. Campakkan itu ikan!
6. Campakkan itu terung pulak!
7. Ahah! sudah ada rupa masak asam kan? Tapi bau x stim lagi kan? apa lagi kasi taruk itu daun kesum atau daun limau purut lah. X lupa juga garam, gula & perasa sesedap hati.
8. Kamu tengoklah agak2 dah masak tu, tutuplah api & hidangkanlah dgn rasa bangga diri yg x terhingga.
9. Jangan lupa masak nasi pula. Kalau x nak makan dgn apa? Roti? Lempeng? emm layan gak...

Maaf sekali lagi sbb x ada gambar step by step. Yelah baru nak cuba kan, nervous uols so x terfikir nak snap. But u know what? Rupa2nya nk masak lauk ni x sesusah yg sy fikirkan pun. Good news huh? Ok2 ye, saya jakun x pernah masak!

Tapikan sy ada buat kesilapan sikit. Lepas step yg keempat di atas tu, sy tinggalkan dia lama atas dapur. Jadi itu puncanya kuah tu ada sikit rasa pahit. So u girls be careful ye..kalau masak sambal goreng xpelah jugak biar lama2 tapi utk masakan ini a big no no.

Hasil masakan saya itu? isk malulah... Tapi kalau x tunjuk mesti x sahkan? Ini dia hasil lelehan peluhku di dapur..














Masak asam sy ni x reti posing sbb tu gayanya sama je haha

Ok hingga lain entry. Bubye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...