Saya yang memang Saya

Friday, June 3, 2011

Heavan Haven

Cewah tajuk mcm bagus2lah tu kunun...

Sebenarnya nak buat post tentang kasut nikah murahan sy, tapi rasanya nnt dululah ya. Mahu cerita pasal sambutan hari lahir seorang rakan terlebih dahulu. Xdelah birthday bash beriya benor mcm dlm rancangan "My Sweet 16" kat channel MTV tu. Setakat get together utk makan2 & tiup lilin je.

ops terpecah rahsia! terbongkar usia sebenarmu Mona..



Aju dgn baik hatinya telah menaja sebiji kek. Kek buah-buahan dr kedai Pistachio yg sungguh lazat, makan sepotong x cukup, hingga menjilat bibir dibuatnya hihi.

Al kisahnya, tarikh hari lahir Mona, si bday girl sebenarnya hampir sebulan telah berlalu tapi kami tetap juga nk meraikannya. Gara2 nk cukupkan korum, sanggup kami tangguh sambutan ni hingga hampir sebulan (ke dah lebih sebulan?).

Ini dia b'day girl yg ceria bersama anaknya

Suke ;)..semua ada..dr kiri Zurina, Aju, Juliana, sy & Mona (b'day girl)


Kali ni, kami makan2 di Haven Restaurant yg terletak di Look Out Point, Ampang-Hulu Langat. Keistimewaan restoran ini yg membuat saya rasa tergamit utk dtg semestinya pemandangannya yg indah (terpengaruh dgn ayat rancangan JJCM ni). Pemandangan bandar Kuala Lumpur yg terbentang luas dpt dinikmati dr atas sini. (hoi, nk jamu selera ke nk jamu mata ni!)

Kata org, wktu yg paling syiok utk tgk pemandangan di sini adalah pd waktu matahari terbenam. Tapi kebanyakan di antara kami terkekang dgn waktu pejabat, maka dtg pd waktu malamlah jawabnye. Tapi ok juga, dingin je cuaca malamnya. Mcm di Cameron Highland pun ada jugak hihi.

Culik dr website restoran



view dr tempat duduk kami

Asalnya janji nk berkumpul di Ampang Point jam 8.30 mlm pastu gerak ke sana sama2 tapi x jadi. Sy & suami terus ke sana sbb laluan dr rumah kami x tempuh Ampang Point. Juliana & ehem buah hatinya pun dtg terus ke Haven. Aju, Mona & Zurina dtg bersama.. tapi lewat bak kata Juliana hihi..

Kata pun janji Melayu kan.. sampai lewat, perut pun dah mula berkeriuk2 minta disumbat. Haish pantang makan lambat sikit taw perut sy ni..ok marilah pesan makanan. Tapi bila dah dpt senarai menu pening pula nk buat pilihan, banyak sangat.

ini pilihan saya - sirloin steak with mushroom sauce - rasa boleh tahan

minuman pilihan saya, iced latte

makanan Ju, seafood alfredo
pilihan suami, mushroom soup with garlic bread

grilled chicken special - Aju & Zurina order yg sama ek?

sebahagian kecil dr menu2 pilihan

live, love & laugh - exactly what we did there

Sy x sempat nk snap semua hidangan sbb sy sibuk makan haha..kata laparr kan..harus gelojoh nk makan.. taste wise boleh tahan jugak tapi xdelah sampai tahap super sedap. Tapi bak kata suami, harga makanan sudah include harga utk view yg indah itu hihi jadi makan jgn x makan..

Layanan di restoran agak bagus juga. Siap offer utk mainkan lagu "happy birthday" bila tgk kami gigih pasang lilin kek dlm keadaan angin yg agak kencang tu. Supporting juga mereka bila dihulurkan lambakan kamera kami yg gila bergambar ni. Sekurang2nya tidaklah spt sebuah restoran yg pernah sy kunjungi di Kota Damansara, dah lah pesanan lambat yg amat sampai, makanan x sedap, harga mahal, layanannya pula sangatlah hampeh. Eh, termengumpat pula..sori sy sengaja..

Antara lain, yg sy suka di sini, kehadiran kami di sambut dgn ini...


hehe..sy suka centrepiece di meja kami ni

Boleh jadikan inspirasi utk table centrepiece di majlis perkahwinan anda juga hehe..

Ok apa lagi? xde ape dah kot.. Disebabkan esoknya hari bekerja, kami x stay lama di situ atau merancang agenda lain spt berkaraoke mcm selalu. Hanya makan, berborak sambil merancang holiday bersama *wink dan bergelak ketawa terutama dgn keletah Zurina dgn so called "ipadnya".

Sebelum pulang, harus melakukan aktiviti wajib iaitu bercamwhore.






Itu saje kali ini.

Bubye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...