Saya yang memang Saya

Tuesday, June 21, 2011

Oh Sugar Sugar


Mungkin ada beranggapan dpt hidup bersama dgn lelaki pujaan hati ibarat oh sugar sugar...


manis! boleh dpt diabetis melitus mcm ni..






Don't get sugar high yet ladies...

Sebab di sebalik kemanisan itu... yg lebih penting utk  kita semat dlm fikiran adalah...

Marriage is hard work!






Tiada kemanisan tanpa kerja keras tahu?


Wednesday, June 15, 2011

Masak Asam - Percubaan Pertama

Ramai yg panggil "asam pedas" tapi sejak sekian lama kami sekeluarga mmg panggil "masak asam" saje. Ala kuah yg quite popular kat Melaka tu. Tapi x tahulah org Melaka sendiri prefer panggil apa ye?

Semalam buat pertama kalinya dlm sejarah hidup yg suku abad ini sy menyediakan "masak asam" utk makan malam kami suami isteri auww*

Heh! mungkin x ada apa2 bagi kamu. Tapi bagi sy, ia umpama satu pencapaian. Perasaannya sama spt kali pertama sy naik ke pentas terima sijil anugerah cemerlang masa darjah satu sbb dpt markah seratus dlm Matematik! hahaha.. Rasa mcm..."biar betul!".

Sbb apa sy rasa begitu? Sebab sepanjang hidup membujang jarang2 sekali sy menyinsing lengan turun ke dapur menolong emak memasak. Kalau ada pun setakat menjenguk bertanya, "mak masak apa hari ni? laparlah!" disusuli lawak2 bodoh sy agar mak rasa terhibur sikit sambil memasak utk anak dara dia yg pemalas ni.

Sekarang, giliran sy pula memasak utk org kesayangan sy hihi.. Hey, apa kata sy kongsikan resepinya di sini agar kamu boleh sediakannya utk orang kecintaan kamu pula. Menebarkan rasa kasih melalui makanan auww seksi! * feeling2 Nigella Lawson hihi

Resepi ini tentunya sy dpt drp emak. Tapi sy tak tengok pun dia masak depan mata. Belajar secara lisan saje hahaha...kan saya dah kata, sy liat turun ke dapur dgn emak...Emak pula mgkin dpt resepi ni waktu dia membesar di Melaka dulu. Mak bilang, org kat kampung dia dulu hampir setiap hari masak asam pedas.

Ok here it goes: Masak Asam Ikan Mabong (sebab ikan ni yg ada dlm peti ais semalam)

Bahan2 (utk 2-3 org makan)
- bawang putih (~ 2 ulas)
- bawang merah (~ 3 ulas)
- cili kering (~ segenggam)
- kunyit (~ 1/2 inci)
- belacan (~ 3/4 ibu jari)
- air asam jawa (besar ibu jari)
- ikan mabong (boleh guna ikan2 lain yg kamu gemar)
- daun kesum atau daun limau purut
- minyak masak tentunya
- sikit air
- terung (sbb sy suka terung dlm masak asam sy. Nak bendi? taruklah!)

Maaf ye sy x punya kuantiti yg tepat maklumlah emak2 kita pun masak main campak2 je mana ada exact kuantiti macam org putih tu..

Cara2 memasaknya: (mungkin cara kamu berbeza, tapi ini resepi sy dpt drp mak saya jadi ikut jelah)
1. Bawang putih & bawang merah ditumbuk kasar lalu ditumis hingga naik baunya.
2. Masukkan pula cili kering (rebus dulu dlm periuk lain), kunyit & belacan yg sudah dikisar halus.
3. Kacau hingga terbit minyak kemudian masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sikit air & biarkan mendidih sedikit (jgn biar lama sgt)
5. Campakkan itu ikan!
6. Campakkan itu terung pulak!
7. Ahah! sudah ada rupa masak asam kan? Tapi bau x stim lagi kan? apa lagi kasi taruk itu daun kesum atau daun limau purut lah. X lupa juga garam, gula & perasa sesedap hati.
8. Kamu tengoklah agak2 dah masak tu, tutuplah api & hidangkanlah dgn rasa bangga diri yg x terhingga.
9. Jangan lupa masak nasi pula. Kalau x nak makan dgn apa? Roti? Lempeng? emm layan gak...

Maaf sekali lagi sbb x ada gambar step by step. Yelah baru nak cuba kan, nervous uols so x terfikir nak snap. But u know what? Rupa2nya nk masak lauk ni x sesusah yg sy fikirkan pun. Good news huh? Ok2 ye, saya jakun x pernah masak!

Tapikan sy ada buat kesilapan sikit. Lepas step yg keempat di atas tu, sy tinggalkan dia lama atas dapur. Jadi itu puncanya kuah tu ada sikit rasa pahit. So u girls be careful ye..kalau masak sambal goreng xpelah jugak biar lama2 tapi utk masakan ini a big no no.

Hasil masakan saya itu? isk malulah... Tapi kalau x tunjuk mesti x sahkan? Ini dia hasil lelehan peluhku di dapur..














Masak asam sy ni x reti posing sbb tu gayanya sama je haha

Ok hingga lain entry. Bubye..

Friday, June 10, 2011

Oit Jangan Makan di Meja Kerja!

Sekadar berkongsi info yg sy baca dr majalah Harmoni, bil 160.

Bukan apa, dahulu sewaktu masih bergelar pekerja gomen sy selalu feeling2 sibuk & ending up tapau saje pd waktu lunch & makan di meja sy sendiri. Sambil makan kejap2 tengok skrin komputer, pastu jawab call (masa nk melantaklah ko nk call). Sudah jawab call tu, haruslah diturutkan apa mahunya si pemanggil tersebut - kenalah saya semak itu, periksa ini...

Hinggakan kadang2 sy hilang selera utk teruskan makan. Em patutlah kurus sy dulu huhu...


Ini bukan saya! Culik dari Google Image


Kini baru saya tahu rupa-rupanya tabiat seperti itu tidaklah digalakkan sebab ianya boleh mengganggu tumpuan sekaligus menjejaskan produktiviti kerja. 

Mana tidaknya, waktu rehat makan tengahari itulah saja masa yg kita ada utk benar2 berehat sebentar dr kekusutan kerja sambil mengecas tenaga agar kembali bersemangat menyambung kerja kelak. Tapi apabila waktu berharga itu dibiarkan berlalu begitu saja tanpa dimanfaatkan sebaiknya, tentu saja tubuh kita yg menanggung akibatnya. 

Maklum saje kita ini manusia biasa bukannya robot. Otak & tubuh perlukan rehat secukupnya. Berehat pd waktu pejabat bukan bermakna kita boleh tidur saja. Alihkan tumpuan pd perkara2 yg buat kita rasa rileks juga satu bentuk rehat.

Menurut Harmoni, "Sekurang-kurangnya dgn berjalan sekitar 15 minit dr pejabat ke restoran mampu melegakan otak yg buntu atas desakan kerja berbanding makan di meja kerja. Impaknya otak akan lebih sihat & lebih mudah berfikir seterusnys meningkatkan produktiviti kerja". 

Bukan itu saja, makan di meja kerja juga boleh menyebabkan kita kurang waktu utk bersosial dgn teman2 sepejabat yg lain. Bersosial ye, bukan mengumpat tau. Eh jgn ckp tak perlu. Social acceptance itukan penting, ini salah satu drpnya. Adakala (bukan setiap masa ye), tanpa kita jangka rakan sekerja boleh jadi sumber semangat & sumber insiprasi nombor satu kita. Jgn jadi kera sumbang pula di kantor. Gunakan waktu ini utk get together bersama mereka.

Bila badan segar, hati senang, perut kenyang, kerja pun tip toplah kan?? Gitu...konsepnya...

Barulah boleh jadi "Employee of the Month" hehehehe


Haruslah culik dr Google Image


Jgn pula lepas ni ada yg nk "long lunch" setiap hari. 

Jumpa lain waktu. Bubye...

Thursday, June 9, 2011

Pengantin Berkerut :(

Rasanya semua pengantin mahu kelihatan jelita pada hari bahagia mereka. Tak mahu ada momen yg boleh mencacat-celakan perasaan sekaligus mengeruhkan air muka.

Seboleh-bolehnya mahu apabila selak helaian album satu-persatu, semuanya nampak sempurna. Tak ada cacat cela!

Saya pun x ketinggalan mahu kelihatan anggun pada hari yg bermakna itu walau sedar wajah x setip-top miss universe mahupun sekomersil model pan-asian. Sebab itulah gigih mengoogle, mencari2 MUA idaman hati dgn bayaran yg termampu diberi.

Berbunga2 hati bila disolek seindah mungkin. Yakin bahawa mata2 akan memandang penuh kagum aceh poyo..

Tapi apakan daya, walau segala mak esah telah kau pakai, muka camni jugak yg kau buat.. Pehal?

...

...

...

...

...

...



muka x puas hati heh!



Ini hasilnya kalau majlis akad nikah x guna mikrofon! deng....

Berkerut2 muka semata2 nak dengar butir bicara tok kadi & suami! Lost track tentang apa yg berlaku walaupun semuanya terjadi di depan mata hahaha.

Jadi kalau x mahu dirakam dgn ekspresi muka spt ini, jgn lupa buat sesuatu. Jgn lupa tempah PA system ke, mikrofon ke, pembesar suara ke atau apa2lah yg perlu utk dgr lafaz keramat suami anda itu.

Kalau x ada, sumpah x feel.. i tell u hihi...

Ini kesilapan sy, x semak apa yg disediakan & apa yg x? Asyik2 assume ada je. Ingat jgn main "assume2" je. Bahaya tau!!

Wednesday, June 8, 2011

Kasut Nikah Murahan?

Oh, kesian kasutku dipanggil murahan..

Apakah kasut tumit tinggiku ini berperangai tidak senonoh, berpeleseran di lorong2 bersama kasut2 kacak lain sehingga dipanggil murahan? Oh, tidakk!! Jgn sesekali berpandangan serong terhadap kasut gorjesku ini haha.. (perasan mode on). 

Ehem!! adjust mode sekejap.. Ok! mari sy ceritakan kembali tentang kasut yg sy sarung ketika hari pernikahan sy pd 29 Januari 2011. Ye, sy tau sudah lama berlalu tapi baca sajelah..apa salahya hihi

Presenting my kasut murahan, tadaaa....


Eh, kejap.. nak beritahu gambar2 di bawah ni diambil dgn kamera cabuk je pasal tu x best sgt ditengok. Tapi layankan saje ye

Sambung balik! tadaaa....









auww...syeksinya awak!








Hihihi.. kan saya sudah cakap, kasut murahan maka harus biasa2 saje, nothing fancy.

Sebelum berkeputusan utk membeli kasut yg 1 ini, saya menghadapi dilema tentang jenis n price range kasut yg diingini. Kalau diikutkan kemahuan diri, sy mahu pilih design yg glamour n mewah yg tentunya "berprice tag" mahal..

Tapi sy sedar akan kemampuan diri juga priority sy. Memiliki kasut yg mahal harganya utk dipakai sekejap cuma pd hari pernikahan bukanlah keutamaan sy. Dgn bajet yg ciput, byk lagi yg perlu sy beri perhatian. Maka sy tahu sy perlu buat pilihan yg bijak.

Pencarian kasut nikah pun bermula. Seluruh pelusuk Mid Valley sy jelajahi. Hah, jumpa!  Tapi mahal! Cancel! Cari2 lagi... hah, yg ni cantik!! ops, mahallah pulak! Mari cari lagi.. eh, yg ni oklah x mahal sgt! Belek2, emm x berkenan sgtlah.. x mahulah.

Begitulah yg terjadi berulang2 kali. Penat fizikal & minda. Tambahan lagi sy mencari kasut berwarna ungu, mmg agak sukar utk ketemu yg cantik. Rasa mahu saja sy setel dgn kasut berwarna putih sbb byk yg cantik2 sy jumpa masa tu.  

Kemudian, sy menemani kakak ke Jusco Wangsa Maju. Sambil itu, ambil peluang jenguk2, jeling2 kasut2 yg ada disitu. X berharap pun akan jumpa kasut idaman di situ. Kalau x silap sy, ketika kami dtg tu ada sale. Saya tertarik amat dgn 1 design kasut Sembonia tu, hampir2 sy membelinya. Tapi teringat semula akan price range yg sudah sy tetapkan dlm hati sebelum ini, so x jadi ambil.

Tengok2 lagi, sy melintasi bahagian kasut jenama TOMO (x pasti sama ada kamu pernah dgr atau x). Ada selonggok kasut tumit tinggi warna ungu di situ. Dekat rak yg ada harga runtuh, stok lama la tu. Ah, ada aku kisah! Yeah, mari kita "cekidaut". Sy bertentang mata dgn si dia ni..









Then, the rest is history. Ceh, xde maknanya. Sebenarnya sy minat dkt kawan dia. Tapi kawan dia tu xde saiz saya. Jadi sy culiklah dia saje. Sbb design hampir serupa. Lagipun kerongsang yg tersemat tu menyebabkan sy rasa dia mempunyai ciri2 kasut nikah yg sesuai haha boleh ke fikir mcm tu. Dan yg paling PENTING, dia x jual mahal dgn sy. Murah sungguh dia letak harga dirinya demi sy. Dasar murahan! X percaya? Tengok ni....




Nampak x tu? Drp hrga RM109.90, dia rendahkan harga dirinya sampai RM32.95! Semata2 agar sy dpt memiliki dirinya hohoho. Jadi dgn senang hati, sy merangkul dirinya utk dibawa pulang. Kerana kemurahan hatinya juga, sy x kisah kalau ada teman2 sy yg kata "eh cantik kasut, apa murah? oh jenama murahanlah tu!".

Yg penting poket sy x rabak dan sy x berkaki ayam di hari pernikahan. Tapi masa dlm masjid tu mmg haruslah berkaki ayam!

Tapi mana boleh berkaki ayam bila sy mahu bergaya begini..




begini....






dan begini...




Sebab itu sy pilih dia, kasut nikah murahan kesayangan sy. I lap u..bila u kotor..



(p/s:  lupa nk beritahu, gambar nikah outdoor tu of course sy x snap sendiri ngan kamera cabuk. itu hasil tangkapan OP sy, Encik Esry Senawi)

Friday, June 3, 2011

Heavan Haven

Cewah tajuk mcm bagus2lah tu kunun...

Sebenarnya nak buat post tentang kasut nikah murahan sy, tapi rasanya nnt dululah ya. Mahu cerita pasal sambutan hari lahir seorang rakan terlebih dahulu. Xdelah birthday bash beriya benor mcm dlm rancangan "My Sweet 16" kat channel MTV tu. Setakat get together utk makan2 & tiup lilin je.

ops terpecah rahsia! terbongkar usia sebenarmu Mona..



Aju dgn baik hatinya telah menaja sebiji kek. Kek buah-buahan dr kedai Pistachio yg sungguh lazat, makan sepotong x cukup, hingga menjilat bibir dibuatnya hihi.

Al kisahnya, tarikh hari lahir Mona, si bday girl sebenarnya hampir sebulan telah berlalu tapi kami tetap juga nk meraikannya. Gara2 nk cukupkan korum, sanggup kami tangguh sambutan ni hingga hampir sebulan (ke dah lebih sebulan?).

Ini dia b'day girl yg ceria bersama anaknya

Suke ;)..semua ada..dr kiri Zurina, Aju, Juliana, sy & Mona (b'day girl)


Kali ni, kami makan2 di Haven Restaurant yg terletak di Look Out Point, Ampang-Hulu Langat. Keistimewaan restoran ini yg membuat saya rasa tergamit utk dtg semestinya pemandangannya yg indah (terpengaruh dgn ayat rancangan JJCM ni). Pemandangan bandar Kuala Lumpur yg terbentang luas dpt dinikmati dr atas sini. (hoi, nk jamu selera ke nk jamu mata ni!)

Kata org, wktu yg paling syiok utk tgk pemandangan di sini adalah pd waktu matahari terbenam. Tapi kebanyakan di antara kami terkekang dgn waktu pejabat, maka dtg pd waktu malamlah jawabnye. Tapi ok juga, dingin je cuaca malamnya. Mcm di Cameron Highland pun ada jugak hihi.

Culik dr website restoran



view dr tempat duduk kami

Asalnya janji nk berkumpul di Ampang Point jam 8.30 mlm pastu gerak ke sana sama2 tapi x jadi. Sy & suami terus ke sana sbb laluan dr rumah kami x tempuh Ampang Point. Juliana & ehem buah hatinya pun dtg terus ke Haven. Aju, Mona & Zurina dtg bersama.. tapi lewat bak kata Juliana hihi..

Kata pun janji Melayu kan.. sampai lewat, perut pun dah mula berkeriuk2 minta disumbat. Haish pantang makan lambat sikit taw perut sy ni..ok marilah pesan makanan. Tapi bila dah dpt senarai menu pening pula nk buat pilihan, banyak sangat.

ini pilihan saya - sirloin steak with mushroom sauce - rasa boleh tahan

minuman pilihan saya, iced latte

makanan Ju, seafood alfredo
pilihan suami, mushroom soup with garlic bread

grilled chicken special - Aju & Zurina order yg sama ek?

sebahagian kecil dr menu2 pilihan

live, love & laugh - exactly what we did there

Sy x sempat nk snap semua hidangan sbb sy sibuk makan haha..kata laparr kan..harus gelojoh nk makan.. taste wise boleh tahan jugak tapi xdelah sampai tahap super sedap. Tapi bak kata suami, harga makanan sudah include harga utk view yg indah itu hihi jadi makan jgn x makan..

Layanan di restoran agak bagus juga. Siap offer utk mainkan lagu "happy birthday" bila tgk kami gigih pasang lilin kek dlm keadaan angin yg agak kencang tu. Supporting juga mereka bila dihulurkan lambakan kamera kami yg gila bergambar ni. Sekurang2nya tidaklah spt sebuah restoran yg pernah sy kunjungi di Kota Damansara, dah lah pesanan lambat yg amat sampai, makanan x sedap, harga mahal, layanannya pula sangatlah hampeh. Eh, termengumpat pula..sori sy sengaja..

Antara lain, yg sy suka di sini, kehadiran kami di sambut dgn ini...


hehe..sy suka centrepiece di meja kami ni

Boleh jadikan inspirasi utk table centrepiece di majlis perkahwinan anda juga hehe..

Ok apa lagi? xde ape dah kot.. Disebabkan esoknya hari bekerja, kami x stay lama di situ atau merancang agenda lain spt berkaraoke mcm selalu. Hanya makan, berborak sambil merancang holiday bersama *wink dan bergelak ketawa terutama dgn keletah Zurina dgn so called "ipadnya".

Sebelum pulang, harus melakukan aktiviti wajib iaitu bercamwhore.






Itu saje kali ini.

Bubye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...