Saya yang memang Saya

Tuesday, May 24, 2011

Pre-wedding Photoshoot

Wah kena kerah memori balik utk buat post ni..Maklumlah ni kan post backdated. Cerita tahun November 2010 ni.. ya ampun lamanya rasa mcm baru je kami buat photoshoot ni

Photoshoot ni kami buat di Bukit Broga, Semenyih atas permintaan tunang saya ketika itu yg merupakan suami saya ketika ini hahaha masak kalau buat ayat mcm ni dalam exam penulisan SPM dulu. Mahu sebulan kena ungkit dgn cikgu BM tu..

Culik dr Google Images

Saya mmg dah lama berangan nk buat pre-wedding photoshoot tapi dipendamkan saje keinginan tu sbb takut kalau2 kosnya tinggi. Saya mmg bergelut dgn masalah duit masa tu. Entah mcm mana, cadangan utk buat photoshoot tu keluar drp kawan saya Aju. Dia ni masa tu mula berjinak2 sbg freelance make-up artist. Hajat hati pd masa tu nk suruh dia mekap pd hari nikah saya. So dia cadangkan saya buat make-up trial dgnnya. Pastu katanya boleh terus buat pre-wedding photoshoot, dia nk minta jasa baik seorang rakan photographer dia utk shoot FOC.

Dipendekkan cerita, apa yg dirancangkan tu x dpt dilaksanakan. Tapi saya dah teruja nak buat juga, tanpa mengeluarkan byk belanja. Saya merengek (ke merempan?) kat tunang mahu buat pre-wed p/shoot. Siap marah2 kalau dia x mahu ambil perhatian, tu yg dia keluar idea nk wat kat Bkt Broga hasil inspirasi drp kwn dia juga.

Jadi saya minta jasa baik rakan2 saya dlm byk hal (mereka amat supportive dlm hal ni). Saya minta Aju carikan pakaian dan dia offer mahu mekap saya. Pujuk Huda+Che Ady, Aqilah n Akmal utk panjat bukit bersama sebab hehe mahu Aqilah pinjamkan camera DSLR dia disamping menjadi photographer bidan terjun saya. Yg lain2 pula boleh menikmati pemandangan indah hahaha.




2 pasang baju  yg Aju pinjamkan utk saya





rakan2 yg sudi 'memanjat' bersama sobs* terharu

keadaan yg masih gelap masa kami mendaki


Sampai juga kami di Broga walaupun agak terlewat memulakan perjalanan dr yg dirancang sebab hujan lebat. Disebabkan hujan juga, mak Aju x izinkan dia ikut bersama. Risau dgn kaki yg baru saje sembuh dr accident. Dah xde make-up artist la pulak. Desup ke rumah huda dulu dlm hujan2 tu, pinjam brg2 mekap dia sekali then ke rumah Aqilah. Oh sweetnya mak Aqilah sponsor nasi lemak. Adiknya, Afi & 2 orang sepupunya juga ikut sama. The more the merrier.

Dgn 3 buah kereta kami ke sana. Jalan berpandukan map yg tunang saya download dr internet & landmark yg saya ingat hasil bacaan drp sumber2 di internet.

Kami tiba lebih kurang dlm pukul 4 pagi kalau x silap. Grab brg2 & terus jalan (x warm up pun). Kesilapan yg saya buat adalah membawa barang lebih dr keperluan. Baju saya yg 2 pasang tu je pun dah boleh tahan beratnya,  saya bawa 2 pasang lagi baju casual extra (yg akhirnya x pakai pun). Tunang juga sama. Mekap, kasut, air, bunga, khemah lagi arghh. Melambatkan perjalanan sbb nak bawa badan dah 1 hal apatah lagi dgn barang2 tu semua. Bagi saya kalu x fit atau x biasa susah juga.

Kami x naik tinggi2 pun utk photoshoot. Puncak yg pertama saje. Hajat utk merakam ketika matahari terbit x begitu berjaya huhu sbb xde lighting atau x reti nk adjust camera setting ek? Lupa sbb saya sibuk dimekapkan Huda.    

Nasib baik ada Huda menggantikan tugas menyolek

Mula2 Qila yg ambil gambar, kemudian Huda take over. Qila kena beransur dulu utk urusan di Shah Alam. Walaupun kedua2nya bukanlah professional photographer, tapi sy sgt berpuas hati dgn hasilnya. Saya amat berterima kasih kpd mereka sbb sudi & sanggup bersusah payah membantu kami tanpa dibayar sesen pun.

"Hasil tangkapan" tu mungkin akan saya publish dlm next post.

Bubye...

4 comments:

  1. kredit kepada geng2 Jai,Ikhsan Grafik RTM kerana gambar meraka di Broga telah memberi inspirasi kepada saya untuk buat photoshoot pre wed di situ

    ReplyDelete
  2. besnya ur pre wed..letak la gambar lg =)

    ReplyDelete
  3. terima kasih nida.. kami buat biasa2 saje,dgn apa yg termampu. oh ada beberapa gambar pre-wed saya selitkan dlm next post. jemputlah tgk :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...