Saya yang memang Saya

Monday, May 30, 2011

Gambar Pre-wed Kami Boleh dilihat pd:-

Saya (mungkin juga spt beberapa org yg lain) pernah terfikir, "Apa yg nk dibuat dgn gambar pre-wed aku lepas ni?".

Sebab dlm kes saya, terus terang saya katakan yg saya lebih teruja utk berhias cantik & bergambar pre-wed bersama tunang pd waktu itu berbanding memikirkan relevannya saya buat photoshoot itu. Berguna atau tidak gambar itu dlm melancarkan majlis perkahwinan kami tidaklah saya ambil peduli sangat. Keterujaan utk  "bercamwhore" mengatasi segala-galanya hihihi. 

Tapi sebelum buat  pre-wed photoshoot tu, saya memang sudah terfikir atau merancang2 dlm otak idea deko utk majlis kami menggunakan gambar kami berdua. Memandangkan gambar sedia ada dlm simpanan tidak berapa sesuai, pre-wed photoshoot merupakan idea yg baik saya kira pd waktu tu. 

Apa2 pun, ambil gambar dulu...yg lain2 tu fikir kemudian saje hihi...Apabila photoshoot sudah selesai, soft copy sudah ada di tangan, gambar sudah diedit, barulah saya fikirkan  kegunaan gambar2 itu. Hasilnya, gambar pre-wed kami boleh dilihat pd:-  

Kad kahwin



Ini salinan soft copy kad kahwin kami yg saya buat sendiri. Yg dah print x pula saya ambil gambar jadi tengok yg ni sajelah ye. Nampak x gambar pre-wed kami yg seciput itu haha.. ada sebab letak kecil begitu.


Banner/bunting




Yg ni bunting majlis kami. Juga saya d.i.y. sendiri hihi tapi print hantar kedailah tentunya. Yg sebelah atas tu adalah hard copy. Saya snap sendiri kerana x ada gambar kenangannya pd hari majlis sobs sobs.


credit kpd tetamu (rakan pejabat suami) yg snap gambar ini di majlis kami

Yg ni pula saya buat lebih kurang mcm entrance foto tapi print mcm banner saje, bukan atas photo paper. Digantung di hadapan kanopi paling depan. Bagi yg ragu2 mereka dtg ke majlis siapa, apabila dah nampak gambar kami ni pasti dah boleh makan tanpa was2 haha... xdelah tersilap masuk majlis org.


Deko di bawah kanopi






Rasanya tengok gambar pun dah faham kan macam mana saya buat..x perlulah saya terangkan lagi. Deko ni juga kami d.i.y. sendiri, pasang pd mlm sebelum majlis dgn bantuan adik-beradik, sepupu & rakan.


Deko meja buku tetamu


gambar culik dr fb classmate saya, narzery

Asalnya utk deko di meja buku tetamu ni saya nak print gambar pre-wed ikut ukuran frame putih (dlm gambar di atas), saiz 8R kalau x silap. Tapi saya pergi print gambar sangatlah last minit & pembantu kedai tu cakap kalau nk print saiz yg besar perlu tunggu 2 ke 3 hari.. jadi jawabnya yang ado! Print jelah 4R mcm yg lain2 juga.. Terpaksalah saya redha letak gambar kecil sampai 3 keping dlm frame itu.

Penggunaan gambar2 pre-wed kami dlm hal2 spt diterangkan di atas sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan rasa bersalah saya kerana menggedik nak buat pre-wedding photoshoot hihi.. Sekurang-kurangnya tidaklah terperam saje dlm album.

Tapi apa2 pun, ini adalah pilihan yg saya buat utk diri saya. Orang lain mungkin punya pendekatan berbeza. Mungkin bagi sesetengah org, gambar pre-wed mereka amat peribadi untuk dipamerkan kpd semua. Maka cukup sekadar menjadi simpanan peribadi yg amat manis. Terpulang pd keselesaan masing2 bagaimana mahu menggunakannya, yg penting kita happy dgn majlis kita sendiri.

Ok, itu saje kali ini. Jumpa lagi nnt..

Bubye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...