Saya yang memang Saya

Monday, May 30, 2011

Gambar Pre-wed Kami Boleh dilihat pd:-

Saya (mungkin juga spt beberapa org yg lain) pernah terfikir, "Apa yg nk dibuat dgn gambar pre-wed aku lepas ni?".

Sebab dlm kes saya, terus terang saya katakan yg saya lebih teruja utk berhias cantik & bergambar pre-wed bersama tunang pd waktu itu berbanding memikirkan relevannya saya buat photoshoot itu. Berguna atau tidak gambar itu dlm melancarkan majlis perkahwinan kami tidaklah saya ambil peduli sangat. Keterujaan utk  "bercamwhore" mengatasi segala-galanya hihihi. 

Tapi sebelum buat  pre-wed photoshoot tu, saya memang sudah terfikir atau merancang2 dlm otak idea deko utk majlis kami menggunakan gambar kami berdua. Memandangkan gambar sedia ada dlm simpanan tidak berapa sesuai, pre-wed photoshoot merupakan idea yg baik saya kira pd waktu tu. 

Apa2 pun, ambil gambar dulu...yg lain2 tu fikir kemudian saje hihi...Apabila photoshoot sudah selesai, soft copy sudah ada di tangan, gambar sudah diedit, barulah saya fikirkan  kegunaan gambar2 itu. Hasilnya, gambar pre-wed kami boleh dilihat pd:-  

Kad kahwin



Ini salinan soft copy kad kahwin kami yg saya buat sendiri. Yg dah print x pula saya ambil gambar jadi tengok yg ni sajelah ye. Nampak x gambar pre-wed kami yg seciput itu haha.. ada sebab letak kecil begitu.


Banner/bunting




Yg ni bunting majlis kami. Juga saya d.i.y. sendiri hihi tapi print hantar kedailah tentunya. Yg sebelah atas tu adalah hard copy. Saya snap sendiri kerana x ada gambar kenangannya pd hari majlis sobs sobs.


credit kpd tetamu (rakan pejabat suami) yg snap gambar ini di majlis kami

Yg ni pula saya buat lebih kurang mcm entrance foto tapi print mcm banner saje, bukan atas photo paper. Digantung di hadapan kanopi paling depan. Bagi yg ragu2 mereka dtg ke majlis siapa, apabila dah nampak gambar kami ni pasti dah boleh makan tanpa was2 haha... xdelah tersilap masuk majlis org.


Deko di bawah kanopi






Rasanya tengok gambar pun dah faham kan macam mana saya buat..x perlulah saya terangkan lagi. Deko ni juga kami d.i.y. sendiri, pasang pd mlm sebelum majlis dgn bantuan adik-beradik, sepupu & rakan.


Deko meja buku tetamu


gambar culik dr fb classmate saya, narzery

Asalnya utk deko di meja buku tetamu ni saya nak print gambar pre-wed ikut ukuran frame putih (dlm gambar di atas), saiz 8R kalau x silap. Tapi saya pergi print gambar sangatlah last minit & pembantu kedai tu cakap kalau nk print saiz yg besar perlu tunggu 2 ke 3 hari.. jadi jawabnya yang ado! Print jelah 4R mcm yg lain2 juga.. Terpaksalah saya redha letak gambar kecil sampai 3 keping dlm frame itu.

Penggunaan gambar2 pre-wed kami dlm hal2 spt diterangkan di atas sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan rasa bersalah saya kerana menggedik nak buat pre-wedding photoshoot hihi.. Sekurang-kurangnya tidaklah terperam saje dlm album.

Tapi apa2 pun, ini adalah pilihan yg saya buat utk diri saya. Orang lain mungkin punya pendekatan berbeza. Mungkin bagi sesetengah org, gambar pre-wed mereka amat peribadi untuk dipamerkan kpd semua. Maka cukup sekadar menjadi simpanan peribadi yg amat manis. Terpulang pd keselesaan masing2 bagaimana mahu menggunakannya, yg penting kita happy dgn majlis kita sendiri.

Ok, itu saje kali ini. Jumpa lagi nnt..

Bubye..

Wednesday, May 25, 2011

Pre-wedding Photoshoot - Lanjutan

Saya ingin sambung sedikit lagi kenangan pre-wedding photoshoot kami di Bukit Broga, Semenyih. Boleh rujuk post ini utk baca cerita sebelumnya.

Kami mulakan p/shoot dgn saya berbaju dress merah hati dan tunang berkemeja warna sedondon dgn berkot. Saya ambil masa sikit (byk kot sebenarnya) utk buang rasa kekok bergambar dan beraksi. Entahlah saya memang begitu, nak tapi malu hehehe. Saya juga kurang tersenyum dalam persalinan pertama kami. Konon2 nk buat muka vain haha tapi x menjadilah. Senyum memikat lebih sesuai utk photoshoot spt ini kan...

tunang tersenyum, saya buat muka poyo pula







Sebenarnya saya betul2 x sangka cuaca di atas Bukit Broga tu panas (sgt panas bg saya haha). Dari gambar2 yg saya lihat sebelum ke sana, spt gambar rakan2 di FB, Bukit Broga kelihatan indah dan nyaman saje haha. Sekali bila dah naik, alamak hai x tahan kepanasan! W'pun sesudah hujan turun sebelumnya & jam baru saja pukul 9 pagi ketika itu. Dlm khemah tempat saya bersiap tu lagi kuat bahang panasnya terasa.

Cuaca panas biasanya buat saya rasa rimas, berlengas dan letih. Sebab itu juga saya hampir2 tak mahu menyalin pakaian yg ke2 (gaun putih) dan berhenti setakat itu saje. Nasib baik rakan2 memberikan nasihat. Kata mereka alang2 sudah ada disitu pakai sajelah.

Tapi sebelum salin baju kita makan dulu... Kami bedal nasi lemak yg ibu Aqilah masak n bekalkan tu. Ada gambar kami masa makan tu, mana ye? Malas pula nk mencari.

Selepas itu sambung semula p/shoot dgn gaun putih kembang & tunang hanya tukar ke kemeja warna putih. Seluar & kot tetap sama :p ... Personally, saya lebih suka persalinan saya yg ini sbb perut buncit sy lebih tersembunyi hihi... 










Kalau x salah, semua gambar persalinan ke2 kami ni photographer bidan terjunnya adalah Huda sbb Aqilah dah bergegas utk urusan lain. Hajat untuk bergambar dgn pakaian casual juga tidak tercapai sbb saya dah x larat nk tukar2 baju & bergambar dlm panas. Idea utk beraksi pun sudah kering kontang. Sudah buntu x tau mcm mana lagi nak posing. Tukang ambil gambar pun pasti sudah letih! Kesian, jadi cukuplah tu saya rasa..

Tapi sempat juga Huda & tunang berposing2 sebelum kami kemas semua brg2. Kami selesai dlm lebih kurang pukul 11 pagi. Yg kelakarnya, saya turun dgn kasut yg sudah tertanggal tapaknya & tunang hanya berstokin saja kalau x silap hahaha.. Masa turun tu saya lebih pancit dr mendaki, byk kali berehat.

Oh gambar2 ni saya edit guna adobe photoshop lightroom. Pertama kali guna lightroom, belasah saje & kebanyakan gambar ni sy cerahkan kulit sy yg gelap ni hihi.. Konon2 kalau cerah lebih cantiklah tu (minda terjajah betul).

Ok, rasanya itu saje. Jumpa lain waktu.

Bubye..

Tuesday, May 24, 2011

Pre-wedding Photoshoot

Wah kena kerah memori balik utk buat post ni..Maklumlah ni kan post backdated. Cerita tahun November 2010 ni.. ya ampun lamanya rasa mcm baru je kami buat photoshoot ni

Photoshoot ni kami buat di Bukit Broga, Semenyih atas permintaan tunang saya ketika itu yg merupakan suami saya ketika ini hahaha masak kalau buat ayat mcm ni dalam exam penulisan SPM dulu. Mahu sebulan kena ungkit dgn cikgu BM tu..

Culik dr Google Images

Saya mmg dah lama berangan nk buat pre-wedding photoshoot tapi dipendamkan saje keinginan tu sbb takut kalau2 kosnya tinggi. Saya mmg bergelut dgn masalah duit masa tu. Entah mcm mana, cadangan utk buat photoshoot tu keluar drp kawan saya Aju. Dia ni masa tu mula berjinak2 sbg freelance make-up artist. Hajat hati pd masa tu nk suruh dia mekap pd hari nikah saya. So dia cadangkan saya buat make-up trial dgnnya. Pastu katanya boleh terus buat pre-wedding photoshoot, dia nk minta jasa baik seorang rakan photographer dia utk shoot FOC.

Dipendekkan cerita, apa yg dirancangkan tu x dpt dilaksanakan. Tapi saya dah teruja nak buat juga, tanpa mengeluarkan byk belanja. Saya merengek (ke merempan?) kat tunang mahu buat pre-wed p/shoot. Siap marah2 kalau dia x mahu ambil perhatian, tu yg dia keluar idea nk wat kat Bkt Broga hasil inspirasi drp kwn dia juga.

Jadi saya minta jasa baik rakan2 saya dlm byk hal (mereka amat supportive dlm hal ni). Saya minta Aju carikan pakaian dan dia offer mahu mekap saya. Pujuk Huda+Che Ady, Aqilah n Akmal utk panjat bukit bersama sebab hehe mahu Aqilah pinjamkan camera DSLR dia disamping menjadi photographer bidan terjun saya. Yg lain2 pula boleh menikmati pemandangan indah hahaha.




2 pasang baju  yg Aju pinjamkan utk saya





rakan2 yg sudi 'memanjat' bersama sobs* terharu

keadaan yg masih gelap masa kami mendaki


Sampai juga kami di Broga walaupun agak terlewat memulakan perjalanan dr yg dirancang sebab hujan lebat. Disebabkan hujan juga, mak Aju x izinkan dia ikut bersama. Risau dgn kaki yg baru saje sembuh dr accident. Dah xde make-up artist la pulak. Desup ke rumah huda dulu dlm hujan2 tu, pinjam brg2 mekap dia sekali then ke rumah Aqilah. Oh sweetnya mak Aqilah sponsor nasi lemak. Adiknya, Afi & 2 orang sepupunya juga ikut sama. The more the merrier.

Dgn 3 buah kereta kami ke sana. Jalan berpandukan map yg tunang saya download dr internet & landmark yg saya ingat hasil bacaan drp sumber2 di internet.

Kami tiba lebih kurang dlm pukul 4 pagi kalau x silap. Grab brg2 & terus jalan (x warm up pun). Kesilapan yg saya buat adalah membawa barang lebih dr keperluan. Baju saya yg 2 pasang tu je pun dah boleh tahan beratnya,  saya bawa 2 pasang lagi baju casual extra (yg akhirnya x pakai pun). Tunang juga sama. Mekap, kasut, air, bunga, khemah lagi arghh. Melambatkan perjalanan sbb nak bawa badan dah 1 hal apatah lagi dgn barang2 tu semua. Bagi saya kalu x fit atau x biasa susah juga.

Kami x naik tinggi2 pun utk photoshoot. Puncak yg pertama saje. Hajat utk merakam ketika matahari terbit x begitu berjaya huhu sbb xde lighting atau x reti nk adjust camera setting ek? Lupa sbb saya sibuk dimekapkan Huda.    

Nasib baik ada Huda menggantikan tugas menyolek

Mula2 Qila yg ambil gambar, kemudian Huda take over. Qila kena beransur dulu utk urusan di Shah Alam. Walaupun kedua2nya bukanlah professional photographer, tapi sy sgt berpuas hati dgn hasilnya. Saya amat berterima kasih kpd mereka sbb sudi & sanggup bersusah payah membantu kami tanpa dibayar sesen pun.

"Hasil tangkapan" tu mungkin akan saya publish dlm next post.

Bubye...

Datang Balik

Wahhh.. dah lama giler x menjenguk blog ni..

Salah satu sebabnya, saya frust sebab x tau mcm mana nk betulkan setting blog sebelum ni. Tunggang langgang. Cuba2 ubah sendiri itu ini, lagi teruk jadinya so frust, x update lama2 bersawang. Ye saya rabun teknologi hihi...

Tapi entah kenapa rasa rindu pulak nk blog semula walaupun sebelum ni xdelah beriya sgtpun, entry yg ada dlm blog saya ni pun boleh dibilang dgn jari..tapi entahlah rasa terpanggil pula..oh mgkin sebab "terinspired" dgn blog2 yg saya baca (utk pengetahuan; saya malas baca buku tapi peliknya saya rajin baca blog org hihi),  "terinspired" ngan kerajinan mereka update blog so saya pun sibuk nk update jugak..

Saya dtg balik dgn azam baru (ceh iye2 je), sy mahu terus blogging disertai dgn attitude yg lebih positif. Maka seiring dgn azam saya itu, hahaha saya telahpun "mendelete" beberapa post terdahulu yg saya rasa x positif. Gitu..

Ada beberapa perubahan telah berlaku dlm hidup saya since the last time i've been here. Yg paling ketara adalah saya kini bukan lagi seorang cik, tetapi seorang cik puan di rumah saya sendiri. Apakah? cakap jelah dah kahwin kan senang haha.. Saya juga telah berhenti bekerja! Wah seronoknya lepas kahwin x payah kerja dah!! Untunglahhhh kalau betul..hahaha.. Saya sekarang bergelar pelajar balik weehooo~ (walaupun sebenarnya saya kecewa dgn prestasi yg saya tunjukkan), perubahan berat badan oops..., & beberapa perubahan lagi yg malas saya nk ingat balik sekarang muahaha

Jadi mungkin selepas ini saya akan buat post tentang perkara2 yg sudah berlalu ni..seperti perihal kenduri kahwin saya..ye mungkin dah basi tapi apa salahnya utk merekodkan kenangan itu di sini.. kan saya percaya pada "better late than never" haha ayat yg best bagi saya utk dijadikan alasan.

Jadi saya kira post akan dtg akan menyusul very soon..jumpa nanti daaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...