Saya yang memang Saya

Wednesday, December 7, 2011

Rephrase punya Rephrase...


Yuhuuu..

Perangai lama saya dah datang balik, rajin baca blog orang tapi tak rajin nak update blog sendiri hadoilah..

Yang saya perhatikan pasal saya ni.. ceh!! agak-agaklah obsesi diri tu nak perhatikan diri sendiri pula.

But seriously, saya rasa semakin banyak perkara berlaku pada saya atau di sekeliling saya, semakin beremosi diri saya, bila banyak yang saya nak luahkan, akan semakin kurang pula saya update blog. Perkara yang sama juga berlaku bila saya nak update status kat FB.

Salah satu sebab mungkin bila perasaan dah berkobar-kobar sangat, saya selalu terover analyse apa yang akan saya publish nanti. Lepas tu, dok rephrase punya rephrase ayat yg nak ditulis sampai langsung tak tertulis apa-apa pun.

Sudahnya, saya sedapkan hati dengan berpesan pada diri sendiri, "alah, buat status kat fb pun bukan dapat menyelesaikan masalah dan kecamuk emosi saya tu".

Yalah, kadang-kadang kita tulis untuk berkongsi perasaan dan kot-kotlah dapat meraih perhatian orang untuk memahami keadaan yang kita lalui. But then, berapa kerat sangat yang betul-betul ambil peduli pasal kita, apatah lagi tergerak hati untuk memahami. 

Apa-apa pun saya berharap keinginan untuk kemaskini blog saya ni bersemarak semula. Semoga juga, saya menjadi orang yang lebih positif. Aminn.


Wednesday, November 9, 2011

Menyembah Bumi



Yuhuuu,

Saya adalah orang yg jarang sekali terjatuh. In fact, saya sendiri sudah lupa bila kali terakhir saya terjatuh sebelum ni.

Saya percaya resepi ketidakjatuhan diri adalah “always in control”. Jarang sekali saya biarkan diri alpa dengan sekeliling sewaktu berjalan di luar. Apatah lagi sekarang saya sedang berbadan dua. Kepala perlu sentiasa tegak di atas.

Tapi kalau sudah terlalu lama di atas susah juga. Lupa pasal yg di bawah dek kepala yg selalu tercodak ke atas.

Maka apabila jatuh menyembah bumi siang tadi, saya anggap ia membawa pelbagai pengertian.
      
Yg saya pasti sekarang – “orang yg tak tenang, hidupnya tak nyaman”

Yg saya tak pasti sekarang – Biar  lambat asal selamat.. kalau dah lambat tapi tak berapa selamat, macam mana pula tu?


Apa-apa pun hadiahnya saya terima:

...

...

...

hadiah berbalut hansaplast



Ya, sesekali kita perlu turun ke bawah. Sesekali harus diubah hala pandangan. Down to earth.




Friday, October 7, 2011

Dah Jadi Orang


yuhuuuu,

Alhamdulillah....

selepas kegagalan lalu..

....
....
....
....
....
....
....
....




kita bina masa hadapan!!!


perut saya dah ada orang...

ke mana-mana pun berdua je sekarang :)))

kamcinglah tu!!!


Saturday, September 17, 2011

.............. DIY Hantaran Pihak Lelaki


Yuhuuu,

Mahu buat lanjutan post DIY hantaran yang lalu. Kali ini mahu tunjukkan hantaran yg saya buat bagi pihak lelaki ke pihak perempaun. Kiranya saya buat utk diri sendirilah hihihi cuma barang-barang hantaran tu still pihak lelaki yg belikan.

Seperti yang saya ceritakan pada post lalu, barang-barang keperluan perhiasan utk mengubah hantaran kedua-kedua pihak saya beli sekali-harung. Saya gubah hantaran ni semua satu-satu, sikit demi sikit agar tak kelam kabut di saat-saat akhir.

Ini antara kelebihan jika kita tak gunakan bunga hidup. Gubahan boleh dimulakan seawal mungkin kerana tak berdepan dengan masalah bunga layu atau cara menyimpan agar bunga kekal lama.

Namun secara peribadi, saya juga suka gubahan hantaran menggunakan bunga hidup kerana nampak lebih berseri dan ada "soul". Cuma, kurang pengalaman dan skill dalam menggendalikan bunga hidup buat saya memilih hiasan bunga 'pelesu' hehehe...

Cara menghias hantaran yang ini pun mendapat tunjuk ajar daripada nyonya kedai menjual barang perhiasan hantaran tu. Puan kedai dgn murah hati berdemo ekspres menunjukkan cara bagaimana harus saya hias bunga yang saya beli di kedainya. Dia juga mencadangkan hiasan-hiasan yang lain mengikut kesesuaian hiasan dan citarasa saya.

Di bawah ini adalah hasil gubahan ringkas saya.


beg tangan



pot pouri - susunan asal dah lari daaa




cekelat



compact digital camera



sirih junjung yg terkelepet hujungnya.. sapa punya kerja tu hah?



haa ini rupa asal sirih junjung yg saya buat... ini snap sendiri 



persalinan baju kurung moden



Secara ringkasnya apa yg saya buat:

Pertama
Bekas hantaran putih bulat
- Keliling bekas dililit/digam manik-manik bertali warna hijau
- Dalamnya dilapik dengan kain net warna hijau juga
- Lekat beberapa hiasan juntaian bunga reben kecil di manik-manik bertali tu ikut suka

Kedua
Bunga hiasan berkilat emas
- Ambil dua kuntum bunga, letak bunga sebelah-menyebelah dan ikat dengan reben.
- Ikatkan juga ke bekas hantaran.

Ketiga
Barang hantaran
- Susun ikut suka atau ikut kesesuaian asal sedap mata memandang


Ringkas saje.. Saya kira mana-mana bakal pengantin yang opt for simple outlook untuk hantaran mereka pun boleh buat sendiri juga termasuk yeng keras tangan sebab ianya super senang. Hasilnya, walau tak segah mana tapi saya tetap senyum gembira tengok hasil kerja sendiri. Tak perlu marah-marah kalau ada yang salah position atau tak kemas tapi tak dibetulkan (sebab diri sendiri yang malas nak betulkan hihihi..)

Di bawah ni pula, adalah gelang tangan untuk acara batal air sembahyang dan mas kahwin. Yang ni saya tak buat sebab tak termasuk dalam senarai hantaran hahahaha..berkira ni..


gelang - hiasan ni beli dah siap tinggal letak gelang tangan je



mas kahwin - kak ipar hias guna baki bunga yg ada dan bekas kotak yg
memang ada di rumah saya 



kami dengan hantaran - click pada gambar utk tumbesaran 


Itu saje...till nex post... bubye...

Saturday, September 10, 2011

............... DIY Hantaran



Yuhuuuu,

Ya, saya sedar majlis kahwin saya sudah tujuh bulan berlalu dan hati pun sebenarnya tidak lagi berhajat bercerita apatah lagi membuat post mengenainya. Namun, acehh... bila ada namun tu maknanya nak bagi alasanlah tu! hihi.. Namun, saya nak buat juga hahaha...Sebab? Sebab ada beberapa follower blog ini (yang sememangnya hanya beberapa kerat...) merupakan bakal-bakal ratu sehari. 

Saya percaya mereka di sini kerana mahukan sesuatu yang dekat dengan hari bahagia mereka baik berkongsi info ataupun pengalaman. Disebabkan saya sudah berpaling tadah dari menjadi pelanggan setia majalah Pesona Pengantin, mahupun pelayar tetap laman web syokkahwin apatah lagi penjenguk tegar kahwinmall, (walau masih mengikuti beberapa blog bride bloggers) tapi saya yakin saya sudah hilang sensitiviti terhadap apa yang "in", terbaru dan canggih dalam merancang majlis perkahwinan kini. 

Nyata, bercerita atau berkongsi tentang trend terkini tak mampu untuk saya laksanakan. Hanya dapat membebel tentang pengalaman lalu saya dalam menempuh hari-hari sebelum bergelar puan hihi... walau tak banyak, mungin secubit kisah saya dapat dijadikan panduan ataupun sempadan. 

Balik ke tujuan asal. Saya pernah berazam (acehhh azam kau!) selepas  majlis pertunangan saya dahulu, yang saya tak mahu lagi buat hantaran saya sendiri. Tangan kaku, idea tak seberapa nak berciak dan tiada sentuhan kecundang dalam hasil kerja saya! Seriklah tu konon-kononya.. Dah berangan-angan utk hantaran kahwin mahu tempah saja, biar hasilnya meletupzz lantas menjadi buah mulut jiran tetangga yang cemburu dalam kekaguman kahkahkah... 

Apabila tiba harinya, hantaran perlu disedia untuk hari bahagia. Eh, siapa gerangan sang tikus yang mebaiki labu itu? SAYA!!! Ye, adalah saya sang tikus yang mencicit ke hulu ke hilir menyiapkan hantaran KEDUA-DUA belah pihak! Muahahhaha....

Sebab apa jadi begitu?? Tak ada duit nak upah!! Senang cerita, tak payah nak kaber-kaber! Oh, kenapa buat utk pihak lelaki sekali? Sebab saya pentamak muahahahaha!!! (gelak jahat).

Dipendekkan cerita (kalau tak, panjang berjela lagi ni), saya beli saja bahan-bahan mentah utk gubah hantaran sendiri. Puan kedai, yang sangat memahami rupa saya yang kelat-kelat masam bila dengar harga upah gubah set hantaran dengan baik hati telah menunjukkan demo ekspres mengklepet hiasan bunga dan reben  untuk saya buat sendiri di rumah. "Asalkan beli barang-barang kat kedai aku, apalah sangat nak tunjuk klepet2 reben ni" - agaknya itulah kata nyonya kedai tu kot.

Maaf, saya tak punya gambar kenangan semasa menggubah hantaran2 tu apatah lagi gambar lengkap utk saya compile jadikan tutorial. Hanya ada kenangan produk akhir ketika majlis akad nikah di masjid, itupun tak pelbagai pilihan gambarnya. Mungkin photographer ada snap beberapa kali tapi cuma satu yang dia rasa elok diberikan pada saya. Gambar yang lain-lain tu katanya, tak dipilih jadi tak perlulah tengok... pasrah dalam kebasahan air mata huhuhu..   

Jadi, ini dia hasil gubahan ringkas-mudah saya dari pihak perempuan untuk sang suami: 



persalinan baju melayu.. tgk tu kelepet reben2 sampai tiga empat jenis 



kek tak buat sendiri ye!  (foc drp kakak sepupu)



buah-buahan (angle ni macam tak kena pula)


wallet dan belt



ye, sirih junjungnya pun saya gubah sendiri



coklat.. angle ni fokus kat nama coklat lantas
meminggirkan lilitan reben dan bunga yang saya gigih kelepet2 tu...


bunga rampai err pot pouri



kasut

Kalau diperhatikan, anda boleh tahu apa je yang saya kena buat kan? Basically saya buat empat perkara ni saja:-

Pertama
Bekas Hantaran -  Tampal luar bekas hantaran dengan reben ungu cair + lis ungu pekat. Lekat tali pintal2 bahagian atas dan tali manik-manik bahagian bawah.

Kedua
Hiasan bunga dan reben - Lilit  bunga ungu dan ranting silver dengan dua ke tiga jenis reben pilihan

Ketiga
Lapik dalam bekas hantaran - Bubuh je kertas emm ala lupa nama jenis kertas ni.. kasik kedut2 sikit..

Keempat
Barang hantaran - bubuhlah lagu mana ikut sedap tangan!


Itu saja!! Mudahkan? Awak pun boleh buat sendiri kan?? Tapi agak kecewa, dalam gambar-gambar tu, (bagi  pendapat saya) tak nampak dengan jelas hiasan-hiasan yang saya buat huhuhu.. (diri, sila pasrah lagi ye..)

Saya rasa lebih mudah dan yakin buat gubahan hantaran kahwin ni mungkin sebab sudah diberi idea dan tunjuk ajar oleh nyonya kedai barang perhiasan hantaran tulah. Nyonya tu juga bagi panduan barang-barang yang perlu saya dapatkan untuk menggubah. Jika tak, haru juga nak menghiasnya macam waktu bertunang dulu. Main beli je entah apa-apa hiasan hingga berlebih-lebih dan ada yang sampai sudah tak pakai pun kerana tak sesuai.

Berbaloi ke buat semua ni sendiri? Bajet cantik meletzzz kerrr??  Dah tak ada duit, tak payah nak lebih-lebih! Berbaloi harga dengan hasilnya...Harga bajet, rupa pun ada diskaun sikitlah kadar cantiknya..ye dak? What do you expect? Simple sudeyyy...

Okeylah, dah panjang post ni. Lain kali saya tunjuk yang saya buat untuk pihak lelaki untuk perempuan pula ya..

Friday, September 9, 2011

................. Ayam Portugis


Yuhuuu,

Cetusan idea untuk mengemaskini blog tak seberapa menawan sebenarnya. Tapi saya gagahkan juga diri menaip-naip di sini. Sebab apa? Sebab mahu melupakan seketika kelaraan jiwa yang kemungkinan besar disumbangkan pre-menstrual syndrome(PMS). Dah tu, teringat raya tahun ni tak berapa meriah - nangis, teringat kereta rosak, tak baik-baik lagi - nangis, teringat barang-barang dapur dah habis, tak tahu bila nak top up - nangis, baca blog orang yang jiwang-jiwang sikit - nangis.. kaedahnya bukan PMS lagi ke tu??? Letih nak melayan emosi diri kala begini.. Jadi saya kira, pengalihan perhatian boleh mengatasi permasalahan ini..

Amboi panjang mukadimah cerita.. Alah, apa salahnya..bukankah ini salah satu fungsi blog juga, mencurahkan perasaan isi hati melalui tulisan err taipan?... Mahu bercerita face-to-face dengan rerakan, siapalah saya untuk mengganggu masa keemasan mereka.

Baiklah, kembali ke tujuan asal post saya kali ini. Saya mahu perkenalkan sebuah hidangan yang sering juga ibu saya sediakan dahulu iaitu 'Ayam Portugis'. Haaa.. pernah rasa tak lauk ni? Ayam portugis merupakan salah satu lauk feyveret saya tau..Rasanya agak dekat dengan rendang ayam. In fact, beberapa hari lalu masa saya hidangkan suami dengan lauk ini:

                                      Saya: Sedap tak bang lauk ni?
                                    Suami: Sedap! (sambil mengangguk-angguk)
                                      Saya: Tahu tak lauk apa ni?
                                    Suami: Tahu....
                                      Saya: Lauk apa?
                                    Suami: Rendang ayam!!

Dia tak tahu pun tentang lauk ni sebelumnya, macam mana nak bagi jawapan yang betul.. ye tak? Mungkin ramai juga yang tak tahu terutama golongan liat ke dapur macam saya dulu hihi...Jadi saya fikir elok juga saya bagi resepinya buat anda cuba. Bukan apa, rasanya sedap dan tak susah nak memasaknya. Tambah lagi rasa macam rendang ayam, musim raya macam ni kalau bercita nak buat rendang bolehlah gantikan dengan hidangan ni..makan dengan nasi himpit sedap juga!!

Wokey..sudah ada pen dan kertas untuk menyalin? Dey, dey, dey!! Ini kan zaman teknologi, copy and paste sudeyyy.... Eleh eksen!! Kalau blackout nanti baru padan muka bleukk..



AYAM PORTUGIS

Bahan-bahan (anggaran seekor ayam)


- cili kering 10 batang je (batang ke?) jangan guna sebakul macam ni


- cili merah 6 biji


- kunyit hidup besar ibu jari


- bawang besar 


- bawang kecil



- bawang putih


- buah keras 10 biji (kenal kan benda alah ni?)



- serai 3 batang


- lengkuas anggaran 3 inci



- biji sawi sesudu



- cuka 2 ke 3 sudu. boleh juga ganti dengan asam keping 



* semua gambar di atas diculik dari Google Image.. terima kasih kpd tuan punya gambar ye..


Cara Masak
1. Kisar halus cili merah, cili kering, buah keras, kunyit hidup dan biji sawi. Kisar seketika saja bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan di atas.
4. Campakkan serai dan lengkuas yang dititik.
5. Bila garing, masukkan ayam pula.
6. Kacau dan apabila ayam sudah kecut, masukkan sedikit air.
7. Biarkan ayam empuk.
8. Kemudian, renjiskan dua ke tiga sudu cuka. Kalau alah dengan cuka boleh ganti dengan asam keping.
9. Perasakan dengan garam , gula dan pak aji. Cuba rasa, sedap tak? Kalau tak sedap lagi, pandai-pandailah kamu membega....
10. Kalau nak lebih berkuah tambahlah air lagi sikit.
11. Siappp!!! eh, senangnya...haha poyo!


Ini rupa sang ayam portugis yang saya masak tempoh hari. Ehem, ehem maaf kalau ada kurangnya, ini baru percubaan pertama..


ayam portugis kasik senyum sikit....



kasik kempis perut sikit...


Yang bestnya resepi ni pakai buah keras instead of santan macam dalam rendang. Konon-konon lebih healthy lah tu. Kerisik pun tak perlu guna cuma still kena tumislah. Jadi apa lagi jangan malas-malas cuba tau.Bagi yang nak makan dengan nasi putih, gu yang sesuai  mungkin jelatah timun+nenas tu.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa nama dia portugis? errr emm ntah sebab ada pengaruh masakan Portugis rasanya. Ikut logiknya, mak saya mungkin belajar resepi ni daripada mak tiri dia, asal orang Melaka, Melaka kan pernah kena jajah dengan Portugis, mestilah ada tempias-tempias pengaruh Portugis di kalangan rakyat jelata, termasuklah dalam makanan, tak gitu? Logik tak? hehehe

Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Maklum saja, saya ni suka buat post panjang-panjang, tak reti nak pendek-pendek. Sayang korang!!!!!


Tuesday, September 6, 2011

ke Hat Yai dgn Rerakan - 2


Yuhuuu..

Walaupun terlambat, mahu juga sambung post yg lepas (ke hatyai dgn rerakan - 1) ni. Hari terakhir di Hatyai, kami bangun agak awal kerana mahu sambung shopping di pasar pagi. Menggelitis semua nak habiskan duit bhat hihihi.. Di sini byk juga dijual beg dan kasut selain barangan biasa yg kita jumpa di pasar.


bertuk tuk di awal pagi





Perasan tak baju kami yg serupa tapi berlainan warna tu? Hihi borong di pasar pada malam sebelumnya.. baju saya yg warna hijau tu ditaja dengan murah hati oleh en Acan. Terima kasih daun keladi!!


Pasar hatyai - nama sebenar pasar tidak diketahui

Ada banyak kedai yg berjualan, tapi kenalah pandai memilih dan menawar harga. Kebanyakan peniaga bermurah hati bagi potongan harga jika kita beli borong. Setakat nak beli satu je lepas tu nak diskaun kaw kaw alamat tak dilayanlah mek oi..

Satu lagi kalau dah berkenan, lebih baik beli terus. Bukan apa, bagi yg tak biasa, mungkin akan keliru dengan lorong2 kedai yang banyak dan nampak serupa tu. Jadi hal pula nak berpusing-pusing cari semula kedai yang kita dah pergi tadi.

Selain berjaya melincinkan kedai beg, rerakan saya meriah juga memborong toiletries macam syampu, losyen dan bedak beras di pasar ni. Harganya memang jauh lebih murah dari yg di Malaysia. Kalau terlarat nak menghayak, belilah! Berbaloi-baloi khap...

Usai membeli-belah, kami tercari-cari pula tempat untuk bersarapan pagi. Angin dalam perut dah menendang-nendang sebab shopping dulu sebelum makan. Teruja kekdahnya! Lelah nak cari tempat jauh-jauh, kami langsung ke food court pasar saje, senang cerita. Banyak pilihan makanan muslim buat kami tersenyum lebar! Makanannya, seperti biasa tidak menghampakan.


suka dapat makan - sarapan di food court pasar


amboi, sedap sangat agaknya


Kemudian, kami kembali ke hotel untuk daftar keluar. Lepas tu merasalah heret beg-beg masuk ke Lee Garden Plaza sekali lagi. Kebanyakan kami gunakan kesempatan ini untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang nanti.





narz beli coklat berbentuk huruf - boleh susun-susun jadi nama kita. cantik!



bosan menunggu - dah macam org tak betul dgn spek pinjam

Dengan muka selamba, lepak lama-lama dengan beg-beg yang berderet kat kedai kopi (dah lupa nama). Ikutkan kami rancang:- saya, aju dan acan melepak di plaza manakala encik narzey temankan emi bakar buat full body spa, malangnya tak dapat pula. So semua melepak di plaza sambil berganti-ganti giliran anatara duduk jaga beg-beg di kedai kopi dengan bershopping hihi..


tunggu bas untuk pulang KL


tu dia beg dah beranak2 dah



atas bas - mahu berangkat pulang sudahhh


sibuk tunjuk tiket bas dia tu!


Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang... iskk rasa nak pergi jalan-jalan lagilah! Jom?

Wednesday, August 31, 2011

Syawal Kali Ini...


Alhamdulillah...

Sekali lagi dapat merasai nikmat bergembira menyambut hari besar.. 

Namun sedikit berbeza tahun ini...tahun 2011..saya menyambut Syawal dengan adanya suami di sisi; bukan lagi sebagai anak dara malas-malas-manja ibu.

Walau ada hiba mencuit (tak biasa berjauh daripada keluarga kekdahnya), tapi hati girang juga punya kesempatan berpuasa, bersahur dan berhari raya di kampung..kampung suami di Temerloh, Pahang. Saya yang tak punya kampung sebelum ini, dapat juga menumpang rasa suasana baru kali ini.

Beberapa kelainan dalam pengalaman di suasana baru ini buat saya rasa, "wow, perkahwinan adalah ejen pertembungan dan pertukaran budaya yang menakjubkan!". acehhh....

Walaupun saya adalah manusia "awkward forever to new environment" tapi saya cuba sehabis baik membantutkan usaha diri untuk 'kawalan ayu' dan menuju ke matlamat 'menikmati hingga terpenuh'. Oh, tapi saya masih perlukan penggayaan 'kawalan ayu' dan 'saya comel, tidakkah anda fikir begitu?' semasa bergambar agar rakan-rakan laman sosial akan memuji keremajaan wajah ketika mereka menstalk album raya yang akan saya upload di fb kelak.

( saya mahu upload gambar yang diambil pada pagi raya di post ini untuk bermegah-megah, tapi oleh sebab hubungan internet di kampung tidak begitu memberangsangkan, mahu lemau dibuatnya nanti maka lupakan saja niat yang tak sesuci lebaran itu)

Ramadan dan Syawal tahun ni sudah saya tempoh plot ceritanya. Semoga diberi kesempatan oleh-Nya untuk menjenguk Syawal yang akan datang pula. Tentunya di samping insan-insan kecintaan saya, my support system..Insyaallah..



Friday, August 12, 2011

ke Hat Yai dgn Rerakan - 1

Salam Ramadan utk semua!!!

Dalam bulan yg mulia ni, kita amat digalakkan membersihkan jiwa dan memperbanyakan amalan. Maka, adalah amat afdal sekiranya anda dpt menghulurkan kemaafan terhadap diri sy sambil menahan diri dari melempang wajah ini kerana bakal menghidangkan anda dgn entri yg agak2 nak basi ni. 

Kejadian berlaku sekitar bulan Julai yg lalu. 

Alkisah, sy telah dipelawa oleh rakan sekelas iaitu en. Emi Bakar atau nama pentasnya, Emilia Ayu utk menyertai beliau dlm sebuah lawatan sambil 'belajar' (baca: shopping sampai bankrap) ke Hat Yai.

Sy yg bermuram durja kerana pelan 'lawatan dlm negeri' ke Gambang yg sebelum ini tidak menjadi segera kebah tatkala menerima pelawaan hajak2 mak hayam itu. 

Dgn kadar segera, sy menghantar khidmat pesanan ringkas ke hadapan rakan baik, cik puan Aju utk memaksanya menemani sy ke sana lantaran maklum benar sy bahawa sang suami tidak akan dpt turut serta akibat ditipu oleh pentipu, p.t.p.t.pu. 

Arakian, kami pun berangkat pd malam hari Jumaat menaiki bas ekspres rakyat dua tingkat dr hentian Puduraya tepat jam 11 malam meninggalkan tanah Kuala Lumpur yg bakal 'dibersihkan 2.0' esok harinya. 



keberangkatan pergi di malam hari


selamat sampai - subuh hari - muka x mandi pagi


imigresen bukit kayu hitam rasanya ni


Sebaik turun di stesen bas bandar hat yai, berdesup pergi membeli tiket utk pulang kelak. Kalau tak terus beli, takut nanti tak balik2 hahaha.. Harga tiket emm.. dah lupa..460 baht (RM46) rasanya.


ahli rombongan cik kiah - dr kiri acan, narz, aju & emi


sudah beli tiket utk pulang KL, serbu tuk tuk pula


teruja!! pertama kali naik tuk tuk.. berwarna-warni tuk tuk ni


Si oppa kacak, Narz Tashriq bercadang nak bawa kami bermalam di sebuah hotel yg pernah dia pergi  tapi penuh pula. Kemudian pemandu tuk tuk cadangkan kami ke satu hotel lain. Kami ikutkan saje sebab katanya murah saja dan masih dekat utk ke bandar.


hotel kami menginap (gambar culik dr fb emi)


Cadangnya nak membersihkan diri dulu sebelum keluar makan dan meninjau bandar tapi bilik kami masih belum sedia utk diterjah. Jadi kami tinggalkan saje bagasi2 kami di reception area supaya kami boleh melayan kehendak perut yg tgh tunjuk perasaan kerana tak diberikan haknya hihi..


udang yg besar, segar, sedap lagi murah!!





ayam!!









dlm nak cari kedai makan, masing2 tersangkut beli spek hitam seorg satu


kami makan di restoran hamid


pose dlm kelaparan tetap melentix letupz





Makanan di Hamid Restaurant enak dan murah juga. Sirap di hat yai mmg terbaik!! lain dr yg ada di Malaysia. Usai makan, kami menuju ke Lee Gardens Plaza kerana tergoda dgn display kasut2 cantik yg kami lihat dr kedai makan lagi hahaha.

Sampai di sana kami lebih byk melihat2 saje atau aim apa yg kami mahu beli sbb menurut narz, harga di mall agak mahal berbanding pasar2 yg bakal kami kunjungi nanti.Tambah lagi, kami boleh dtg lagi esok harinya sebelum menaiki bas utk pulang.

Tapi bagi saya, kalau dah betul2 berkenan sebaiknya beli saja. Tempat lain mungkin tidak ada seperti yg kita mahukan itu. Contohnya, design mungkin sama tapi warna merah jambu belacan yg kita berkenan tu sudah tidak ada pula. Meleleh pula air liur kempunan sbb tak dapat apa yg diidam..

Selain itu, kami juga singgah di "Idea Market Cool" yg ada di dalam plaza tersebut. Tempat ni hanya ada pada setiap hari Sabtu dan Ahad saja bermula jam 11 pagi. Sangat2 menarik apa yg ditawarkan di sini. Kebanyakan peniaga menjual kraf yg mereka hasilkan sendiri. Hasil kerja tangan mereka amat2 comel dan kreatif!!




















Selesai cuci mata di sana, kami kembali ke hotel utk bersihkan diri dan keluar semula utk ke pasar terapung Klonghae. Oh pasar tu bukan terapung di udara ye tapi terapung dalam sampan. Kesemua peniaga berjualan dr dalam sampan kecil mereka di tebing sungai. Sangat teruja berada di sana. Pelbagai jenis hidangan Thai dapat dinikmati di sini tanpa merabakkan kocek. Kagum sebab makanan mereka sgt enak dan lumayan tetapi masih murah. 


berkaki bengkok di pintu gerbang pasar terapung


nampak tak kat bawah tu berderet sampan2 jualan


culik gambar dr fb emi lg











teh susu dlm bekas buluh!! straw pun buluh gak haha





sushi



kumbang goreng, anyone?



jelly





menikmati juadah masing2



makanan eksotik haha


Sesudah menolak tawaran utk melihat 'tarian-tanpa-baju-anak2-dara-(dara-ke?)-baru-nak-naik' kami ingat nak melawat tempat2 yg bersejarah kononnya sebagai cubaan mengaburi niat sebenar lawatan kami yg hanya mahu berbelanja sakan di jualan murah. Tapi kesukaran berkomunikasi dgn pemandu tuk tuk dan tiada kajian mendalam tentang geografi hat yai di pihak kami telah membantutkan niat kami utk menyelusuri sejarah thai yg berabad lama itu.

Senang cerita, "driver, go to night market, night market!!". Ya ampun teramat best kat night market ni ye. Dekat sinilah duit banyak berterbangan bebas. Itu pun masih x sedar diri dari koma lagi, merungut2 kesal banyak lagi benda tak beli hahaha saya memang pentamak. Di night market ni banyak jual baju2, kasut dan beg yg sgt stylo-mylo dan terkini tetapi kualitinya sendiri mau ingatlah yg ini adalah "made in Thailand". 

Saya dah tak terlarat nak ambil gambar masa ini. Ralit giat bershopping. Kedai mak ai banyaknya... Bersesak-sesak dr satu kedai ke satu kedai yang lain buat saya kelelahan dalam keterujaan. Naik patah tangan juga membawa barang (aceh mcm banyak sgt shopping!!)

Sesudah terkedu melihat baki duit yg ada dalam dompet, perut terus berkeriuk lapar. Apa lagi, jom soru! Nasi ayam dia memang terbaekklah.. Ice blended pun terangkat dgn whipped cream yg giler banyak cuma 20 baht je (RM2). 








Selesai mengisi perut, sambung shopping lagi?? haha..  Dalam perjalanan ke hotel dgn badan yg luncai, kami ambil keputusan utk mendapatkan khidmat thai massage ehem2... jadi balik hotel, letak barang. Walaupun dah rasa nak pengsan atas katil je masa ni still keluar balik utk berurut. 

Kami ambil foot massage for 1 hour hanya 300/350 baht (RM30/35, tak berapa ingat). Tajuk album je foot massage tapi dari hujung kaki hingga ke kepala diurut dgn sungguh2 oleh si pengurut-yang-tidak-bercakap-sepatah-pun dengan saya. Tapi memang asyik ah ah sungguhlah dia urut. Tak sakit badan pun, lebih kepada legaaa... Serius best!! Berbaloi amat!! Lepas urut, dia bagi minum teh (apa tak tau).


muka ala 'kukus' selepas diurut



bergambar saje makannya tidak sbb harooommm



hatyai at night  make u crayyzyy hayypayyy 


sempat lagi mentapau mamam di malam hari


Lepas tu balik hotel, makan yg ditapau tadi dan tidoooorrrrzzzz. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...